SPORTS
Sevilla pecat Garcia Pimienta selepas tewas empat kali berturut
Pimienta (gambar) menyertai Sevilla pada Julai 2024 dengan kontrak selama dua tahun, menggantikan Quique Sanchez Flores. - Gambar fail/REUTERS
SEVILLA mengumumkan pemecatan pengendali Los Nervionenses, Javier Garcia Pimienta pada Ahad, hanya dua hari selepas pasukan itu tewas 0-1 kepada Valencia dalam aksi La Liga.
Kekalahan di Stadium Mestalla menerusi jaringan babak pertama Javi Guerra itu merupakan kekalahan keempat berturut-turut Sevilla dalam saingan liga utama Sepanyol.
Juara tujuh kali Liga Europa itu kini menghuni tangga ke-13 La Liga dengan 36 mata daripada 31 perlawanan, jauh daripada kelompok kelab yang merebut slot ke saingan Eropah, dan hanya tujuh mata mengatasi zon penyingkiran.
"Sevilla merakamkan penghargaan kepada Garcia Pimienta atas kerja keras dan profesionalisme beliau sepanjang beberapa bulan ini.
“Kelab mendoakan yang terbaik buat beliau dalam apa jua usaha masa hadapan," menurut kenyataan rasmi kelab tersebut.
Pengurus berusia 50 tahun itu menyertai Sevilla pada Julai tahun lalu dengan kontrak selama dua tahun, menggantikan Quique Sanchez Flores.
Sebelum ini, Pimienta berjaya membawa Las Palmas meraih promosi ke La Liga pada musim 2022/23, dan membantu kelab itu kekal dalam divisyen utama Sepanyol musim berikutnya.
Sevilla dijadualkan menentang Deportivo Alaves dalam aksi La Liga seterusnya pada 21 April ini. - Sinar Harian