awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Shah Firdaus, Ridzwan galas cabaran di suku akhir pecut individu

Bernama
Bernama
27/09/2023
16:51 MYT
Shah Firdaus, Ridzwan galas cabaran di suku akhir pecut individu
Muhammad Shah Firdaus, 27, mengetepikan pelumba dari India David Beckham pada pusingan penyingkiran dengan mencatatkan masa 9.659 saat, 0.276s mengatasi wakil India itu dalam saringan lima. - Gambar FB MSNJ
HANGZHOU: Jaguh berbasikal trek Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan adiknya Muhammad Ridwan, mara ke suku akhir acara pecut individu lelaki Sukan Asia Hangzhou 2022 yang berlangsung di Velodrom Pusat Sukan Chun'an Jieshou pada Rabu.
Muhammad Shah Firdaus, 27, mengetepikan pelumba dari India David Beckham pada pusingan penyingkiran dengan mencatatkan masa 9.659 saat, 0.276s mengatasi wakil India itu dalam saringan lima.
Beliau bakal berdepan saingan sengit daripada pemenang pingat perak Kejohanan Asia dari Jepun Shinji Nakano, pada Khamis.
Muhammad Ridwan, 22, pula menempah tempah ke suku akhir selepas memenangi perlumbaan pada pusingan repechage dengan catatan masa 9.880s, mengatasi dua pelumba Korea Selatan Oh Jeseok (+0.031s) dan Kang Seojun (+0.165s).
Muhammad Ridwan yang meraih pingat gangsa acara pecut berpasukan lelaki bersama Muhammad Fadhil Mohd Zonis dan Umar Hasbullah semalam, akan berdepan pelumba tuan rumah Zhou Yu di suku akhir.
Tumpuan kini terarah kepada pelumba adik beradik kelahiran Johor dalam acara pecut, berikutan penarikan diri Datuk Mohd Azizulhasni Awang kerana mengalami kecederaan ketika menjalani latihan di Velodrom Nasional di Nilai.
Sementara itu, dua pelumba wanita negara Anis Amira Rosidi dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menamatkan saingan masing-masing di tempat ketujuh dan kelapan dalam acara keirin wanita.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azizulhasni Awang
#pingat gangsa
#acara pecut
#menjalani latihan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan