SUKAN
Shahidan dilantik Presiden Kehormat Seumur Hidup MA
Keputusan Majlis MA itu dibuat tidak sampai sebulan selepas Shahidan mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan presiden. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Bekas Presiden Olahraga Malaysia (MA) Datuk Seri Shahidan Kassim dilantik sebagai Presiden Kehormat Seumur Hidup badan induk itu, berkuat kuasa hari ini.
Perkembangan terbaharu itu diumumkan Presiden MA Datuk Karim Ibrahim pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis MA di Wisma Majlis Olimpik Malaysia (MOM) di sini.
"Selepas kita adakan AGM sebelum ini kita telah teruskan dengan pelantikan. Sesuatu yang berbeza daripada sebelum ini iaitu bekas Presiden MA, Shahidan turut hadir dan bersama-sama mempunyai satu objektif untuk menjadikan olahraga sukan terbaik dari setiap sudut, pertandingan, latihan atau penyertaan dalam sukan serantau serta antarabangsa.
"Sehubungan itu, seluruh ahli majlis hari ini telah melantik Shahidan sebagai Presiden Kehormat Seumur Hidup," katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas mesyuarat itu.
Keputusan Majlis MA itu dibuat tidak sampai sebulan selepas Shahidan mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan presiden.
SUKAN-OLAHRAGA (SHAHIDAN) 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Beliau merupakan individu kedua menerima gelaran tersebut selepas bekas Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dilantik jawatan sama bagi BAM pada November lepas.
Shahidan sebelum ini menerajui MA dari 2006 hingga 2012 sebelum kembali memimpin badan induk itu bagi penggal 2022-2025.
Karim dalam pada itu memperkenalkan barisan gerak kerja baharu menganggotai jawatankuasa MA yang terdiri daripada bekas atlet bagi memfokuskan pada pembangunan olahraga.
Mereka terdiri daripada Datuk Zaiton Othman, G. Shanti, Roslinda Samsu, Zaidatul Husna Zulkifli dan Datuk Seri Harjeet Singh.
Turut dilantik dalam jawatankuasa berkenaan Datuk Salim Parlan dan Mej Jen Datuk Padman K.P Bhaskaran.
"Mereka akan bekerjasama...kita akan mempunyai corak pendekatan yang berbeza, seperti mempunyai kumpulan pemikir untuk berkomunikasi dengan atlet...bekas atlet lebih tahu apa keperluan atlet.
"Jadi kami telah menyentuh tentang banyak segi, mahupun latihan, mahupun motivasi, beri semangat untuk atlet, berjumpa dengan ibu bapa atlet dan penyertaan ibu bapa. Ini semua akan digabungkan. Jadi inilah proses yang akan kami lalui bersama menuju Olahraga Dunia," katanya.
-- BERNAMA