SUKAN

Shahidan menang tanpa bertanding pemilihan jawatan presiden Persekutuan Renang Malaysia

Astro Arena 21/06/2025 | 06:50 MYT
Shahidan secara tidak rasminya diangkat selaku presiden selepas menang tanpa bertanding kerana tiada individu lain yang mencabarnya. - Stadium Astro
PERSEKUTUAN Renang Malaysia (MAS) menyaksikan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim, memenangi jawatan presiden badan induk sukan itu untuk penggal 2025 hingga 2027 sebelum bermulanya Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang akan dijalankan pada 27 Jun ini.

Ringkasan AI
  • Shahidan Kassim kekal sebagai Presiden MAS untuk penggal 20252027 selepas menang tanpa bertanding, menjadikan beliau terus memegang jawatan yang disandang sejak 1995.
  • Pemilihan dilakukan sebelum Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) pada 27 Jun, apabila tiada pencalonan lain diterima untuk jawatan presiden.
  • Karim Ibrahim kembali memimpin Olahraga Malaysia (MA) selepas bekas presiden menarik diri daripada mempertahankan jawatan, menewaskan Datuk Mark Ling.

Ini kerana, setakat pencalonan ahli jawatankuasa MAS yang diterima, Shahidan secara tidak rasminya telah diangkat selaku presiden selepas menang tanpa bertanding kerana tiada individu lain yang mencabar jawatan tersebut.
Untuk rekod, Shahidan sudah menjawat kerusi panas itu sejak 1995 yang sebelum ini dikenali sebagai Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM).
Terdahulu, bekas Presiden Olahraga Malaysia (MA) itu mengambil keputusan menarik diri pada saat akhir sebelum pemilihan AGM berlangsung, sekali gus tidak mempertahankan jawatannya yang sudah disandang sejak 2022.
Ini menjadikan Karim Ibrahim kembali ke MA mengisi kekosongan tersebut menewaskan Datuk Mark Ling. -- Stadium Astro
#Shahidan Kassim #Persekutuan Renang Malaysia #dilantik Presiden #menang tanpa bertanding