[INFO BANJIR] Dapatkan info terkini cuaca dan banjir seluruh negara
SUKAN

Shahmalarani mahu pertahan emas karate di Thailand

Bernama 24/11/2025 | 15:00 MYT
Shahmalarani menegaskan tumpuan utamanya kini adalah persiapan diri sendiri, tanpa memberi perhatian kepada pencabar lain menjelang Sukan SEA 2025. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Atlet karate negara C. Shahmalarani bertekad mempertahankan pingat emas acara bawah 50 kilogram (kg) kumite wanita pada Sukan SEA 2025 di Thailand yang akan membuka tirainya bulan hadapan.


Ringkasan AI
  • Atlet karate negara, C. Shahmalarani, bertekad mempertahankan pingat emas acara bawah 50kg kumite wanita pada Sukan SEA 2025 di Thailand.
  • Shahmalarani, juara bertahan selepas menang emas di Sukan SEA 2021 dan 2023, menegaskan fokusnya pada persiapan diri sendiri tanpa mengambil kira pencabar lain.
  • Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) menetapkan sasaran tiga pingat emas bagi kem karate negara dalam Sukan SEA 2025.


Jaguh karate berusia 26 tahun itu berkata fokusnya sebagai juara bertahan selepas memenangi emas di Sukan SEA 2021 di Vietnam dan 2023 di Kemboja.

"Mempertahankan gelaran ini sangat mencabar, tetapi ia menjadi motivasi untuk mendapatkan hatrik emas di Thailand," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Shahmalarani menegaskan tumpuan utamanya kini adalah persiapan diri sendiri, tanpa memberi perhatian kepada pencabar lain menjelang Sukan SEA 2025.

Atlet kelahiran Selangor itu akan beraksi di Kejohanan Dunia di Kaherah, Mesir pada 27 Nov sebagai persiapan sebelum mempertahankan emas di Thailand.

"Fokus saya buat masa ini adalah Kejohanan Dunia. Selepas itu, barulah saya menumpukan perhatian kepada Sukan SEA, dan sudah pasti saya mahu mempertahankan emas di sana," katanya.

Sebelum ini, Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) meletakkan sasaran tiga pingat emas untuk kem karate negara di Sukan SEA 2025.

-- BERNAMA




#Sukan SEA #pingat emas #karate #makaf