awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Shaqeem Izwan raih emas dalam boling remaja Asia

Bernama
Bernama
15/08/2022
20:40 MYT
Shaqeem Izwan raih emas dalam boling remaja Asia
Shaqeem melakukan jatuhan 1,435 pin selepas enam permainan untuk muncul juara di Blu-O Rhythm and Bowl, Major Ratchayothin. - Foto Facebook/Bowling Malaysia
KUALA LUMPUR: Pemain boling muda negara, Shaqeem Izwan Teh Shahrul Hafiz Teh memulakan kempen Kejohanan Remaja Asia Ke-21 2022 dengan cemerlang apabila meraih emas dalam acara perseorangan remaja lelaki di Bangkok, Thailand, semalam.
Beliau melakukan jatuhan 1,435 pin selepas enam permainan untuk muncul juara di Blu-O Rhythm and Bowl, Major Ratchayothin.
Atlet berusia 18 tahun itu menewaskan wakil Taiwan Lan Shao Kang (1,407) dan Abdulrahman Alkandari (1,406) dari Kuwait, sementara rakan negara Airel Amri Suhaimi (1,300), Syabil Azam Saymsul (1,286) dan Izz Naqiuddin Putera Islahuddin (1,285) masing-masing menamatkan saingan di tempat ke-16, ke-18 dan ke-19.
Dalam kategori remaja perempuan pula, Adiana Mohd Redzwan (1,198) dan Anis Hanani Romzi (1,185) masing-masing terlepas pingat dan menamatkan permainan di tempat kelima dan keenam.
Nur Aqila Aini Mohammed Faiz (1,107) dan Nurul Hanis Nabila Mohd Nizam (1,097) masing-masing ketinggalan dan berada di kedudukan ke-13 dan ke-15.
Singapura menguasai dua tempat teratas podium menerusi Ashley Victoria Lok (1,334) dan Shirlene Wong Xue Lin (1,300) yang masing-masing meraih emas dan perak sementara wakil tuan rumah Ramita Sarntong (1,289) membawa pulang gangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#atlet boling negara
#kejohanan remaja asia
#Bangkok
#Shaqeem Izwan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan