awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha AS banteras dadah melalui jalan darat akan bermula - Trump
Anak kapal maut selepas kemalangan dalam perlumbaan rentas Atlantik
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, mata wang utama lain
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sharon jadi wanita pertama terajui MSA

Bernama
Bernama
21/01/2026
00:35 MYT
Sharon jadi wanita pertama terajui MSA
SHARON: Saya harap pelantikan ini dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai bekas atlet untuk kembali dan memainkan peranan dalam kepimpinan persatuan sukan. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Bekas pemain elit kebangsaan Sharon Wee mencipta sejarah apabila dipilih sebagai Presiden Persatuan Skuasy Melaka (MSA).
Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan Sharon merupakan wanita pertama memegang jawatan itu sejak penubuhan persatuan tersebut pada 1974.
Sharon berkata beliau berharap dapat menyumbang kepada pembangunan sukan skuasy dengan memanfaatkan pengalaman sebagai pemain peringkat negeri, elit kebangsaan dan bekas pemain nombor 18 dunia, selain latar belakangnya dalam bidang kejurulatihan, penyiaran, korporat serta penglibatan aktif dalam pentadbiran sukan.
"Saya berharap pelantikan ini dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai bekas atlet untuk kembali dan memainkan peranan dalam kepimpinan persatuan sukan, selain menggalakkan lebih ramai wanita berani tampil untuk memegang jawatan penting," kata Sharon yang menggantikan Han Yong Chye, yang berkhidmat sebagai presiden sejak Disember 2024.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Skuasy
#Sharon Wee
#bekas atlet
#Presiden MSA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan