awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Si cilik Kimberly pikul tugas besar

Bernama
Bernama
23/08/2017
09:19 MYT
Si cilik Kimberly pikul tugas besar
Kimberly mengukir nama dalam sukan terjun selepas meraih masing-masing satu emas, perak dan dua gangsa di temasya Sukan Malaysia (Sukma).
Penerjun muda negara, Kimberly Bong dipertanggungjawabkan menggalas cabaran negara dalam acara 10m platform individu wanita pada Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017).
Kimberly, 15, yang membuat penampilan sulung di temasya dwitahunan itu dipilih mengisi tempat Ratu Terjun Dunia, Cheong Jun Hoong yang dalam proses pemulihan ekoran kecederaan dialaminya di Kejohanan Dunia, di Budapest, Hungary, bulan lepas.
Meskipun pertama kali diberi tugas berat, atlet cilik berketinggian 1.54m itu berani meletakkan sasaran untuk sekurang-kurangnya meraih gangsa sebagai membalas kepercayaan yang diberikan oleh jurulatih, Yang Zhuliang.
Penerjun kelahiran Sarawak itu akan mengiringi seorang lagi ikon terjun negara Pandelela Rinong dalam acara 10m platform yang akan berlangsung pada 28 Ogos ini.
"Saya rasa agak gementar sebab kali pertama (sertai) Sukan SEA tapi saya juga hendak menang di Sukan SEA. Jadi saya agak takutlah," katanya.
"Pesaing saya adalah rakan sendiri yang juga senior Pandelela dan penerjun dari Singapura. Saya akan cuba yang terbaik di sini...sekurang-kurangnya pingat gangsa," katanya.
Dalam pada itu, Kimberly berkata ini merupakan kali pertama beliau akan beraksi di pentas lebih besar dalam acara individu kerana sebelum ini sentiasa digandingkan dengan penerjun lain dalam acara platform seirama.
Kimberly mengukir nama dalam sukan terjun selepas meraih masing-masing satu emas, perak dan dua gangsa di temasya Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak, tahun lepas.
Jun Hoong yang ditemui semalam mengesahkan bahawa beliau hanya akan beraksi dalam acara 1m papan anjal bagi memberi laluan kepada penerjun muda beraksi di samping menjalani proses pemulihan daripada kecederaan.
Skuad terjun negara disasar membolot kesemua 13 pingat emas yang ditawarkan dalam acara itu yang akan membuka tirai, Sabtu ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kimberly Bong
#Malaysia
#renang
#Sukan SEA
#SUKMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan