[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
SPORTS

Siaran langsung final Badminton Piala Thomas dan Uber 2016 di Astro On The Go

Astro Awani 20/05/2016 | 14:00 MYT
Perlawanan akhir Piala Thomas akan disiarkan langsung pada Ahad, 22 Mei jam 1 petang.
Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) hari ini mengumumkan akan menyiarkan siaran langsung perlawanan akhir Badminton Piala Thomas dan Uber 2016 menerusi aplikasi Astro On The Go untuk semua pelanggannya.
Siaran ini akan dapat disaksikan pelanggan Astro On The Go secara percuma dengan pilihan ulasan perlawanan dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
Perlawanan akhir Piala Thomas akan disiarkan langsung pada Ahad, 22 Mei jam 1 petang.
Manakala perlawanan akhir Piala Uber akan disiarkan pada Sabtu, 21 Mei.
Rakyat Malaysia boleh menikmati perlawanan ini dengan memuat turun aplikasi Astro on the Go dan mendaftar secara percuma.
Sebelum ini, perlawanan separuh akhir antara Malaysia dan Denmark turut disiarkan secara langsung pada alikasi Astro On The Go pada Jumaat.
#Astro On the Go #badminton #Piala Thomas #Piala Uber