awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Masyarakat dunia perlu bersatu capai keamanan berkekalan - LDLU
MALAYSIA
16 kali terbaik dunia, AirAsia pacu nama Malaysia di persada antarabangsa - Fadillah
MALAYSIA
Perkongsian swasta-awam, infrastruktur adalah kunci kepada teknologi digital dan AI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPORTS

SIC beri diskaun 50% untuk tiket F1 (Video)

Astro Awani
Astro Awani
14/12/2012
06:56 MYT
SIC beri diskaun 50% untuk tiket F1 (Video)
Litar Antarbangsa Sepang (SIC) memulakan langkah awal apabila melancarkan promosi dengan memberi diskaun 50 peratus bagi tiket menyaksikan Grand Prix Malaysia.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SIC Datuk Razlan Razali, peminat sukan permotoran boleh mendapatkan tiket dengan harga serendah RM33.
Peminat perlu bertindak cepat kerana tawaran itu berakhir 31 Disember ini.
Razlan berkata tiket dengan harga diskaun itu membolehkan peminat masuk tiga hari berturut-turut menyaksikan perlumbaan dari tempat duduk atas rumput 'Hillstand' tidak bertutup.
Beliau berkata tawaran diskaun itu juga layak bagi semua kategori tiket kecuali di tiga zon iaitu Diamond, Sapphire dan Emerald.
Pada musim hadapan, pihaknya turut menyasarkan 90,000 penonton.
Oleh itu diskaun yang ditawarkan adalah harga paling munasabah berbanding perlumbaan di tempat lain. Ia juga bertujuan menjadikan F1 Malaysia sebagai GP yang mampu disaksikan semua orang.
Tambah Razlan, pihaknya turut bekerjasama rapat dengan pihak Pelancongan Malaysia sempena edisi ke-15 perlumbaan tahun ini.
Perlumbaan di SIC akan berlangsung dari 22 hingga 24 Mac depan.
Topic Berkaitan
#Datuk Razlan Razali
#Formula 1
#Grand Prix Malaysia
#Litar Antarabangsa Sepang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami