awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SIC rai delegasi antarabangsa, pamer fasiliti

Bernama
Bernama
22/08/2023
14:31 MYT
SIC rai delegasi antarabangsa, pamer fasiliti
Hari Terbuka SIC merupakan inisiatif dan pemangkin dalam meyakinkan pihak berkepentingan daripada industri permotoran Malaysia dan luar negara. - Foto SIC
KUALA LUMPUR: Litar Antarabangsa Sepang (SIC) meraikan lebih 70 individu, ketua misi dan delegasi kedutaan dari seluruh dunia pada hari terbukanya di Sepang, semalam.
SIC dalam kenyataan hari ini berkata antara delegasi antarabangsa hadir di acara itu, yang antara lain bertujuan mempamerkan fasiliti dan perkhidmatan ditawarkannya, adalah daripada Austria, Cuba, Itali, Jepun dan Poland.
"Hari Terbuka SIC merupakan inisiatif dan pemangkin dalam meyakinkan pihak berkepentingan daripada industri permotoran Malaysia dan luar negara bahawa SIC dan Malaysia adalah destinasi pilihan di ASEAN untuk acara dan kemudahan sukan bertaraf dunia.
"Delegasi berpeluang menerokai pelbagai kawasan litar termasuk trek, laluan pit, paddock dan kemudahan sukan lain," menurut kenyataan itu.
Turut hadir pada Hari Terbuka SIC itu Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
Hannah dalam kenyataan sama berkata acara besar yang dianjurkan di SIC serta kesan limpahannya telah merangsang industri pelancongan serta ekonomi negara daripada warga tempatan dan pelancong antarabangsa yang berbelanja.
"Tahun ini, pelaburan besar RM20 juta telah disalurkan ke arah menaik taraf kemudahan sukan dan kami mahu menarik lebih banyak acara ke venue (ini) yang bukan dikhaskan untuk sukan permotoran sahaja serta menjadikan ia boleh diakses oleh seluruh rakyat Malaysia," katanya.
Mengakui kejayaan SIC dalam menganjurkan banyak acara sukan permotoran, Ketua Pegawai Eksekutif Azhan Shafriman Hanif berkata pihaknya akan terus mempelbagaikan pendapatan dan meluaskan keuntungan litar itu.
"Rugi jika aset bernilai berbilion ringgit ini tidak dimanfaatkan sepenuhnya," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Litar Antarabangsa Sepang
#SIC
#hari terbuka SIC
#delegasi antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan