awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penunggang motosikal cedera parah dalam kemalangan tiga kenderaan di Jenjarom
Lelaki Indonesia maut tertimbus tanah runtuh di Bandar Penawar
Keadaan banjir di tiga negeri tidak banyak berubah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Silat wadah bentuk jati diri belia - Mohammed Taufiq

Bernama
Bernama
31/12/2025
01:50 MYT
Silat wadah bentuk jati diri belia - Mohammed Taufiq
Penglibatan golongan belia dalam seni silat bukan sekadar aktiviti sukan atau untuk mempertahankan diri, tetapi juga menjadi wadah dalam pembentukan jati diri mereka, kata Mohammed Taufiq. - Gambar Bernama
SUNGAI PETANI: Penglibatan golongan belia dalam seni silat bukan sekadar aktiviti sukan atau untuk mempertahankan diri, tetapi juga menjadi wadah dalam pembentukan jati diri mereka, kata Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari.
Beliau berkata, selaras dengan peranannya, silat wajar diangkat martabatnya sehingga ke peringkat tertinggi.
"Kita lihat bagaimana silat ini menjadi wadah menyatupadukan kita semua... untuk membentuk jati diri anak muda itu sendiri.
"Silat bukan sahaja sekadar sukan atau seni mempertahankan diri tetapi sebenarnya lebih daripada itu, sebab itu bagi saya penting untuk kita mengangkat martabat silat ke peringkat lebih tinggi," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Program Kejuaraan Silat Piala Pendekar Utama Negara Datuk Dr Raja Abdul Majid Terbuka Peringkat Kebangsaan 2025/2026, dekat sini, malam tadi.
Program kejuaraan bertemakan "Gema Pahlawan MADANI" itu melibatkan hampir 2,000 peserta.
Mohammed Taufiq berkata, kementeriannya juga bersedia untuk mengadakan pertemuan dan berbincang dengan semua persatuan silat bagi merangka hala tuju seni warisan itu.
"Kita akan melihat usaha yang dapat diambil bagi melahirkan lebih ramai atlet silat, yang bukan sahaja akan mewakili negeri, tetapi yang lebih penting melangkah ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#silat
#jati diri belia
#Mohammed Taufiq
#Gema Pahlawan MADANI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan