Simeone rasa 'tak sedap' selepas Atletico dibelasah Bayern

Astro Arena
Oktober 22, 2020 01:57 MYT
Corentin Tolisso (tengah) meraikan bersama rakan sepasukan selepas menjaringkan gol ketiga pasukannya dalam perlawanan UCL kumpulan A antara Bayern Munich dan Atletico Madrid di Arena Allianz, Munich, Jerman, 21 Okt, 2020. (Foto AP)
DIEGO Simeone berkata kekalahan 0-4 Atletico Madrid kepada Bayern Munich dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi tadi membuatkannya berasa 'tidak sedap' tetapi enggan menyalahkan pemainnya dalam kekalahan itu.
Atletico jelas tidak dapat menandingi juara bertahan UCL itu dalam aksi pembukaan Kumpulan A di Munich dengan pemain sayap Bayern, Kingsley Coman, merupakan watak penting dalam perlawanan itu.
Pemain kebangsaan Perancis itu menjaringkan dua gol -- gol keduanya hasil gerakan solo gemilang -- dengan Leon Goretzka dan Corentin Tolisso turut menemui sasaran dalam perlawanan berkenaan.
BACA: Liga Juara-Juara UEFA: Bayern Munich benam Atletico Madrid 4-0
Kekalahan itu menjadi rekod terburuk Atletico dalam kejohanan berkenaan, di mana mereka hanya dapat melakukan satu percubaan tepat tetapi ketua jurulatih, Simeone, berasakan masih ada perkara positif yang boleh diambil.
"Saya berasa tidak sedap dengan kekalahan ini," katanya dalam sidang media selepas perlawanan.
"Tetapi saya juga memperoleh perkara yang amat bagus bagi masa depan kami. Saya tidak tahu jika kami melakukan terlalu banyak kesilapan atau ia disebabkan kualiti pihak lawan.
"Jadi saya hanya akan bercakap mengenai sikap pasukan ini dan sehingga ke penghujungnya, kami masih memburu gol. Kekuatan pihak lawan telah menjadi pemisah yang penting.
"Bayern berada dalam waktu terbaik. mereka pasukan yang hebat.
"Tetapi anda perlu lihat prestasi Hector Herrera, Yannick Carrasco, Marcos Llorente kerana mereka pasti akan meningkat selepas ini," katanya.

4 - El Atlético de Madrid have suffered their joint-biggest defeat in a competitive game under Diego Simeone (also 4-0 against Borussia Dortmund in Germany in October 2018 in the Champions League). Hell.

— OptaJose (@OptaJose) October 21, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Diego Simeone #Atletico Madrid #Bayern Munich #UCL #Liga Juara-Juara Eropah