awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rahim & Co, Chestertons dari UK bekerjasama perkukuh perkhidmatan hartanah global
Vietnam mulakan pembinaan stadium bola sepak terbesar dunia
[TERKINI] Sultan Sharafuddin tidak berkenan penternakan babi di Selangor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Sinar baharu untuk BAM"

Astro Arena
Astro Arena
23/11/2015
09:11 MYT
"Sinar baharu untuk BAM"
Norza tunjukkan karakter juara apabila membantu Kelab Polo Putra rangkul kejuaraan musim ini. - Gambar Astro ARENA
"Kejayaan jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei raih kejuaraan berganda di Terbuka China dan Hong Kong beri sinar harapan buat Persatuan Badminton Malaysia (BAM)," itu pandangan yang disuarakan Timbalan Presiden BAM, Datuk Seri Norza Zakaria.
Jelas Norza, kejayaan Chong Wei itu menjadi bukti pemain berusia 33 tahun berkenaan masih berada dalam kelas tersendiri dan tidak mustahil mampu jelmakan emas di temasya Olimpik Rio 2016.
Namun apa yang penting kini, sokongan perlu terus diberikan kepada Chong Wei agar dia mampu kekalkan momentum berkenaan sehingga ke Olimpik nanti.
"Kita memberi sebaik mungkin bantuan dan Insyallah program podium ini pun kita akan bincang bagaimana nak reka untuk Datuk Lee Chong Wei. Persediaan pada olimpik ini sangat-Sangat penting, bukan sahaja untuk beliau, tetapi untuk rakyat Malaysia yang inginkan medal eksklusif emas yang masih kita tak dapat lagi," kata Norza ketika ditemui selepas terbabit dalam pertandingan polo Terbuka Malaysia 2015 di Putrajaya pada Ahad.
Seperti juga Chong Wei, Norza tunjukkan karakter juara apabila membantu Kelab Polo Putra rangkul kejuaraan musim ini.
Kelab Polo Putra menewaskan Ranhill menerusi gol di masa kecederaan selepas masing-masing terikat 6-6 dalam empat chukka dan wiranya sudah pasti Norza yang menjaringkan gol kemenangan tersebut.
"Saya baru kehilangan ibu saya lebih sebulan yang lalu, jadi tadi dalam hati saya kata saya rindukan emak saya dan mungkin lindungi saya dekat atas dan bantu saya. Tiba-tiba berada di depan saya dan saya rasa amat-amat bersyukur kerana dapat melaksanakan gol yang paling penting itu," kata Norza.
Topic Berkaitan
#Hong Kong
#Lee Chong Wei
#Norza Zakaria
#Terbuka China
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan