awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siri jelajah Kem Badminton Astro di Kuala Lumpur terima sambutan luar biasa

Astro Awani
Astro Awani
16/07/2022
11:45 MYT
Siri jelajah Kem Badminton Astro di Kuala Lumpur terima sambutan luar biasa
Kem Badminton Astro akan ke lokasi seterusnya di Olympia Badminton Arena, Kota Kinabalu pada 23-24 Julai dan Arena Sukan Simpang Tiga, Kuching pada 30-31 Julai depan. FOTO: Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Siri jelajah Kem Badminton Astro di Kuala Lumpur menerima sambutan menggalakkan selepas menerima penyertaan 440 peserta.
Lebih manis apabila kebanyakkan ibu bapa daripada pelbagai latar belakang turut serta memberi dorongan kepada anak-anak yang mengambil bahagian dalam kem tersebut.
Menurut Pengarah Jenama, Komunikasi dan Kelestarian Astro, Tammy Toh, penganjuran insiatif ini adalah bagi mencungkil bakat baharu dalam arena badminton negara selain mempersiapkan mereka menjadi atlet profesional.
‘’Sebagai sebahagian agenda kelestarian Astro, kami menerusi Astro Kasih sentiasa memperjuangkan aspek pendidikan menerusi sukan.
‘’Melalui inisiatif ini, ia membuka peluang kepada anak-anak muda untuk menjalani latihan bersama jurulatih profesional dan menjadi atlet pelapis negara.
‘’Kami berbesar hati kerana lebih 900 kanak-kanak di seluruh negara telah menyertai kem ini dan berharap menerusi platform ini, ia dapat membantu mempersiapkan mereka menjadi pemain badminton profesional negara,’’ katanya.
Sementara bagi Nurshamiza Alyaa yang merupakan ibu kepada salah seorang peserta berkata, penganjuran Kem Badminton Astro merupakan platform yang terbaik bagi mencungkil bakat anaknya.
‘’Ini kali pertama anak saya menyertai kem ini dan dia memang suka bermain badminton dan kem seperti ini sememangnya bersesuaian untuk mengasah bakatnya.
‘’Untuk itu besar harapan saya agar anak saya terpilih untuk ke peringkat seterusnya,’’ katanya ketika ditemui pada Sabtu.
Manakala bagi Muhammad Thaqif Muhamad Ayub yang merupakan salah seorang peserta berharap dia akan terpilih untuk menjalani latihan bersama jurulatih badminton profesional.
‘’Harapan saya ialah terpilih dan dapat menyertai Kem Badminton Astro,’’ katanya ringkas.
Terdahulu, penganjuran dua kem sama telah dianjurkan di Johor dan Pulau Pinang manakala penganjuran seterusnya di Olympia Badminton Arena, Kota Kinabalu pada 23-24 Julai dan Arena Sukan Simpang Tiga, Kuching pada 30-31 Julai depan.
Mereka yang terpilih akan menjalani latihan bersama jurulatih profesional di Kuala Lumpur.
Topic Berkaitan
#Kem Badminton Astro
#Astro Kasih
#pemain badminton
#Kem Badminton
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan