Sistem e-invois catat pencapaian cemerlang, lebih 106,000 pembayar cukai terlibat

Hui Ying berkata pencapaian itu mencerminkan komitmen HASiL dalam memperkukuh kecekapan serta ketelusan sistem percukaian negara. - Astro AWANI
CYBERJAYA: Pelaksanaan sistem e-invois terus menunjukkan kemajuan memberangsangkan apabila lebih 106,000 pembayar cukai di seluruh negara telah menggunakannya, melibatkan lebih 675 juta transaksi setakat ini.
Ringkasan AI
- Seramai 106,000 pembayar cukai telah menggunakan sistem e-invois, mencerminkan peningkatan kecekapan dan ketelusan dalam sistem percukaian negara.
 - Kerajaan akan memperkenalkan Sistem Taksir Sendiri mulai 1 Januari 2026, membolehkan pembayar duti menaksir sendiri amaun duti secara lebih pantas dan telus.
 - HASiL digesa memainkan peranan penting dalam memastikan hasil negara diurus secara bertanggungjawab demi manfaat rakyat.
 
Beliau menegaskan bahawa pelaksanaan e-invois bukan sahaja meningkatkan kecekapan, malah memperkukuh ketelusan, kelajuan dan integriti sistem percukaian negara.
Lim turut mengumumkan pelaksanaan Sistem Taksir Sendiri (STS) bagi Duti Setem yang akan bermula pada 1 Januari 2026 sebagai satu lagi langkah inovatif kerajaan dalam memodenkan sistem percukaian.
“Melalui STS, pembayar duti diberi kepercayaan untuk menaksir sendiri kadar dan amaun duti yang dikenakan. Ini bukan sahaja menjimatkan masa dan mempercepatkan urusan, malah meningkatkan keyakinan terhadap sistem percukaian kita,” jelasnya.
Beliau berkata, tema sambutan tahun ini, “Inovasi dan Integriti”, amat selari dengan aspirasi kerajaan untuk memperkukuh tadbir urus awam.
“HASiL sebagai agensi pengurusan hasil negara perlu memainkan peranan penting dalam memastikan ketelusan agar manfaatnya dapat dirasai oleh rakyat,” katanya.
“Inovasi dan integriti ibarat dua sayap, kita tidak akan mampu terbang tinggi jika salah satunya hilang arah.
"Inovasi tanpa integriti boleh membawa kepada penyalahgunaan, manakala integriti tanpa inovasi pula menyebabkan kita ketinggalan.
“Setiap ringgit yang dikutip mesti diurus dengan telus dan bertanggungjawab agar ia kembali kepada rakyat dalam bentuk pembangunan dan kemudahan yang mereka nikmati,” tambahnya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


