awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lapangan terbang Moscow ditutup akibat ancaman dron Ukraine
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siti Nurul Masyitah masih di ICU, perlu jalani pembedahan lagi

Sinar Harian
Sinar Harian
22/05/2024
04:32 MYT
Siti Nurul Masyitah masih di ICU, perlu jalani pembedahan lagi
Masyitah selamat menjalani pembedahan menutup luka pada bahagian belakang badan di Hospital Colombia Asia, Iskandar Puteri pada Selasa. - Foto Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Atlet kayak kebangsaan, Siti Nurul Masyitah, 22, yang parah selepas terlibat kemalangan baru-baru ini bakal menjalani pembedahan bahagian bahu dan tulang pelvis dalam tempoh terdekat.
Menurut abangnya, Muhammad Syafiq Md Elias, 29, Masyitah sebelum ini selamat menjalani tiga pembedahan di Hospital Columbia Asia, Iskandar Puteri dekat sini.
"Semalam Uda (panggilan keluarga mereka untuk Masyitah) perlu menjalani pembedahan bagi menutup luka pada bahagian belakang badan.
"Saya tidak pasti berapa kali lagi Uda perlu menjalani pembedahan namun doktor menyatakan seperti banyak lagi.
"Pembedahan plastik masih belum dijalankan dan Uda masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU). Setakat ini semua keperluan Uda mencukupi," katanya ketika dihubungi.
Terdahulu, media melaporkan pelajar semester enam jurusan Diploma Kejuruteraan Mekanikal Pembuatan Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) itu terlibat kemalangan di Lebuh Raya Penyuraian Trafik Timur (EDL) pada 11 Mei lalu.
Kemalangan itu berlaku selepas anak kelima daripada lapan beradik itu dirempuh pemandu mabuk dan diseret sejauh kira-kira 100 meter.
Masyitah mula berjinak dalam sukan pelayaran itu seawal usia 14 tahun, tahun lepas beliau mengharumkan nama negara dengan memenangi pingat gangsa Sukan SEA Kemboja dan menyumbangkan empat Emas di Sukan Malaysia (Sukma) 2022.
Masyitah juga merupakan Atlet Kayat Dragon Boat Malaysia Bronze Medal SEA Games 2023.
Berdasarkan hantaran yang tular dalam media sosial, dapat dilihat beberapa keping gambar ketika kemalangan dikongsi termasuk foto lelaki yang didakwa sebagai suspek sedang membuat isyarat 'peace'. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Siti Nurul Masyitah
#Nahas
#Pembedahan
#ICU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan