SUKAN
Sivasangari bermula goyah kempen Final Jelajah PSA 2024/2025
Sivasangari dijadualkan berdepan Fayrouz Aboelkheir dari Mesir dalam perlawanan kedua Kumpulan B hari ini. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pemain skuasy wanita negara S Sivasangari memulakan kempen Final Jelajah PSA 2024/2024 dengan langkah kurang menjadi apabila tewas kepada pilihan kedua dari Amerika Syarikat, Olivia Weaver dalam aksi sulung Kumpulan B, pada Isnin.
Pemain berusia 26 tahun itu mempamerkan semangat juang tinggi sepanjang tempoh 32 minit pertarungan di Revival Film Studi, Toronto, namun masih belum dapat menyekat kehebatan lawannya yang juga keempat dunia.
Sivasangari terpaksa akur tunduk 9-11, 9-11.
Atlet kelahiran Sungai Petani, Kedah itu dijadualkan berdepan Fayrouz Aboelkheir dari Mesir dalam perlawanan kedua Kumpulan B hari ini.
Sementara itu, dalam satu lagi perlawanan Kumpulan B, wakil Jepun Satomi Watanabe menewaskan Aboelkheir 11-7, 9-11, 12-11.
Berdasarkan format perlawanan, hanya dua pemain terbaik setiap kumpulan akan mara ke peringkat separuh akhir.
-- BERNAMA