awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
Krisis politik Perlis: Wujud dalang, perlukan 'lampu ajaib' pastikan situasi tidak berjangkit - Penganalisis
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sivasangari cemerlang di Zurich, ke separuh akhir Grasshopper Cup 2025

Bernama
Bernama
26/04/2025
04:52 MYT
Sivasangari cemerlang di Zurich, ke separuh akhir Grasshopper Cup 2025
S Sivasangari mara ke separuh akhir setelah menewaskan Nada Abbas dari Mesir. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jaguh skuasy negara S Sivasangari menepati ramalan apabila mara ke separuh akhir Grasshopper Cup 2025 berlangsung dalam gelanggang kaca terletak di Zurich Hauptbahnhof, Switzerland pada Jumaat.

Ringkasan AI
  • S Sivasangari mara ke separuh akhir setelah menewaskan Nada Abbas dari Mesir dengan keputusan 11-6, 11-3. Beliau akan berdepan pilihan kedua, Tinne Gilis dari Belgium.
  • Ng Eain Yow melangkah ke separuh akhir selepas menewaskan Karim El Hammamy dari Mesir, sementara Rachel Arnold juga mara dengan mengalahkan Nadine Shahin dari Mesir.
  • Ng Eain Yow dijadualkan bertemu Kareem El Torkeyof, manakala Rachel Arnold akan menentang pilihan utama, Rowan Elaraby.

Pilihan ketiga kejohanan itu mempamerkan aksi cemerlang menyingkirkan pilihan kelapan Nada Abbas dari Mesir 11-6, 11-3 pada perlawanan suku akhir.
Sivasangari yang kini menghuni ranking ke-11 dunia mengakui sangat berpuas hati dengan strategi permainannya yang disifatkan menjadi kali ini.
"Sebenarnya saya agak gementar, tetapi saya pastikan sentiasa mendahului mata dan ikut rentak sendiri. Saya elakkan mengikut rentak permainan lawan, fokus kepada taktik dan corak permainan sendiri dan ia berlaku dengan baik hari ini," katanya menerusi lawan web Persatuan Skuasy Profesional (PSA) hari ini.
Atlet kelahiran Kedah itu dijadualkan berdepan pilihan kedua Tinne Gilis dari Belgium, yang sebelum itu menewaskan Salma Hany dari Mesir 11-9, 11-8.
Sementara itu, dalam satu lagi kejohanan di Washington, Amerika Syarikat (AS), dua wakil negara iaitu perseorangan lelaki Ng Eain Yow dan perseoranganw anita Rachel Arnold masing-masing meneruskan momentum cemerlang melangkah ke separuh akhir Squash On Fire Open 2025.
Eain Yow selaku pilihan kedua yang tewas set pertama bangkit untuk melengkapkan perlawanan mengatasi Karim El Hammamy dari Mesir 5-11, 11-8, 11-3, 11-3.
Pemain berusia 27 tahun itu dijadualkan berdepan seorang lagi wakil Mesir, Kareem El Torkeyof yang mengejutkan pilihan keenam Velavan Senthilkumar dari India 7-11, 11-7, 9-11, 11-4, 13-11.
Rachel yang diletakkan sebagai pilihan keempat mengetepikan cabaran pilihan kelapan Nadine Shahin dari mesir 11-6, 11-7, 11-7 untuk membuat penentuan di separuh akhir berdepan pilihan utama Rowan Elaraby juga dari Mesir.
Rowan menewaskan rakan senegara Salma Eltayeb 11-6, 11-5, 11-8.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#S Sivasangari
#Grasshopper Cup 2025
#Skuasy
#Switzerland
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan