awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sivasangari kini ranking ke-11 dunia

Bernama
Bernama
23/04/2024
07:30 MYT
Sivasangari kini ranking ke-11 dunia
Ini merupakan ranking terbaik sepanjang kariernya dalam sukan itu selepas berada di kedudukan ke-13 sebelum ini. - Gambar fail/ PSA World Tour
KUALA LUMPUR: Jaguh skuasy wanita negara S. Sivasangari semakin menghampiri kelompok 10 pemain terbaik dunia selepas melonjak dua anak tangga menduduki ranking ke-11 dunia.
Ini merupakan ranking terbaik sepanjang kariernya dalam sukan itu selepas berada di kedudukan ke-13 sebelum ini.
Atlet berusia 25 tahun yang baru sahaja merangkul gelaran juara edisi sulung Kejohanan Skuasy Klasik London awal bulan ini mengumpul purata 535 mata berdasarkan laman sesawang rasmi Jelajah Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA).
Pada kejohanan tersebut, atlet kelahiran Kedah itu mencipta sensasi selepas mengejutkan pemain ranking pertama dunia Nour El Sherbini dari Mesir (suku akhir), ranking keempat dunia Nele Gilis dari Belgium (separuh akhir) dan ranking kedua dunia Hania El Hammamy dari Mesir (final).
Dalam pada itu, dua lagi pemain wanita negara Rachel Arnold (275 mata) dan Aifa Azman (228 mata) masing-masing berada di kedudukan ke-28 dan 36.
Sementara itu, Ainaa Amani kekal di tempat ke-58 manakala Yasshmita Jadish Kumar naik satu anak tangga ke-72 berdasarkan ranking terbaharu itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#S Sivasangari
#ratu skuasy negara
#Pemain terbaik dunia
#kedudukan ranking
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan