SUKAN

Sivasangari wakil tunggal negara di ToC 2026

Bernama 26/01/2026 | 03:40 MYT
Sivasangari menewaskan wakil tuan rumah, Amanda Sobhy 6-11, 7-11, 11-9, 11-9, 11-4 di Grand Central Station, New York, pada Ahad. - Facebook Tournament of Champions
KUALA LUMPUR: Pemain skuasy utama negara S Sivasangari menjadi wakil tunggal Malaysia melangkah ke suku akhir Tournament of Champions (ToC) 2026 berlangsung di New york, Amerika Syarikat.

Pilihan kelima itu bangkit daripada ketinggalan dua set untuk menewaskan wakil tuan rumah, Amanda Sobhy 6-11, 7-11, 11-9, 11-9, 11-4 dalam perlawanan pusingan kedua yang berlangsung selama 55 minit di Grand Central Station, pada Ahad.

Pemain kelahiran Kedah itu dijadual berdepan pilihan keempat Olivia Weaver yang sebelum itu mengetepikan rakan senegara marina Stefanoni 11-2, 11-2, 11-3.


Sementara itu, perseorangan lelaki negara Ng Eain Yow tersingkir selepas pemain England yang juga pilihan kelapan Marwan El Shorbagy gagal disaingi.

Eain Yow tewas 9-11, 6-11, 7-11 dalam saingan berlangsung 81 minit.


-- BERNAMA

#Amerika Syarikat #S Sivasangari #Skuasy #Tournament of Champions