SUKAN
Skandal naturalisasi FAM: Pemerhati rasuah desak siasatan bebas, pembetulan dasar, tindakan tegas
MCW menegaskan skandal ini menimbulkan keraguan terhadap program naturalisasi pemain, menyebabkan reputasi Malaysia tercalar.
KUALA LUMPUR: Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) melalui Jawatankuasa Rakyat menggesa siasatan bebas dan tindakan tegas diambil berhubung skandal naturalisasi tujuh pemain bola sepak tanah air, selepas Jawatankuasa Rayuan FIFA mengesahkan wujud pemalsuan dokumen, kecuaian melampau dan kelemahan tadbir urus dalam proses berkenaan.
Ringkasan AI
Dalam kenyataan pada Rabu, MCW berkata laporan penuh FIFA setebal lebih 100 halaman itu memperincikan bagaimana dokumen kelahiran datuk dan nenek pemain dipalsukan secara sistematik, kelemahan proses verifikasi FAM, serta tindakan pemain dan ejen yang disifatkan sebagai cuai dan cuba “memintas” proses naturalisasi.
MCW menegaskan skandal itu bukan isu teknikal semata-mata, sebaliknya soal integriti negara susulan FIFA menggunakan istilah keras seperti "kecuaian melampau”, “kekurangan kredibiliti”, “dokumen dipalsukan”, “kelebihan sukan tidak adil” dan “naratif mangsa yang tidak kukuh” dalam keputusannya.
Menurut MCW, dapatan itu memberi kesan besar terhadap reputasi Malaysia dan menimbulkan keraguan terhadap keabsahan keseluruhan program naturalisasi pemain.
Sehubungan itu, MCW mendesak siasatan segera oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi mengenal pasti pihak yang menghasilkan dokumen kelahiran palsu serta tahap penglibatan atau kecuaian pegawai FAM dalam proses berkenaan.
Menurut MCW, persoalan besar yang perlu dijawab termasuk bagaimana permohonan kewarganegaraan boleh diluluskan dalam masa singkat tanpa semakan asas, dan sama ada wujud penglibatan orang tengah atau sindiket pemalsuan dokumen.
"FIFA, dalam semakan rekodnya, turut memperoleh dokumen asal dari Sepanyol, Argentina, Belanda dan Brazil yang mengesahkan pemain terbabit tidak mempunyai keturunan Malaysia.
"MCW turut mengesyorkan kerajaan menangguhkan sementara program naturalisasi berskala besar sehingga siasatan selesai," katanya.
Badan itu mencadangkan audit semula semua proses naturalisasi atlet sejak 2015, penggantungan permohonan berasaskan klausa “keturunan” sehingga mekanisme verifikasi diperkukuh, serta penetapan standard baharu semakan dokumen antarabangsa oleh KDN dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Pada masa sama, MCW mahu FAM mewujudkan unit integriti bebas di bawah pemantauan pihak ketiga bagi memastikan ketelusan penuh dalam proses akan datang.
Mengulas mengenai penubuhan panel siasatan khas FAM yang diketuai mantan Ketua Hakim Negara, MCW menyambut baik langkah itu namun menegaskan panel berkenaan mesti benar-benar bebas tanpa sebarang campur tangan dalaman, politik atau pihak berkepentingan lain.
"Jawatankuasa Rakyat MCW turut menyatakan kesediaan untuk memberikan input teknikal dan cadangan pembaharuan struktur integriti sukan.
"MCW menuntut FAM segera mendedahkan laporan penuh siasatan dalaman, menjelaskan siapa yang memberi arahan kepada pegawai untuk mengubah dokumen serta bagaimana proses naturalisasi boleh berjalan tanpa semakan latar belakang asas.
“Rakyat Malaysia berhak mengetahui kebenaran,” katanya.
Menurut MCW, krisis integriti sukan negara hanya boleh dipulihkan melalui keberanian mendedahkan kesalahan dan bukan dengan melindunginya.
"MCW menyifatkan skandal ini sebagai peluang penting untuk melakukan pembersihan besar-besaran dalam bola sepak Malaysia.
"MCW menggesa kerajaan melaksanakan siasatan tanpa kompromi, FAM bertanggungjawab secara terbuka, manakala SPRM dan KDN perlu meneliti unsur pemalsuan dokumen serta salah guna kuasa. Rakyat juga diseru terus menuntut integriti dalam sukan negara.
“Malaysia mesti kembali dihormati — bukan hanya kerana keputusan di padang, tetapi kerana moral, integriti dan kejujuran pentadbir bola sepaknya,” tegas MCW.
Ringkasan AI
- Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) menggesa siasatan bebas dan tindakan tegas berhubung skandal naturalisasi tujuh pemain bola sepak tanah air, selepas Jawatankuasa Rayuan FIFA mengesahkan pemalsuan dokumen serta kelemahan tadbir urus.
- MCW menegaskan skandal ini menimbulkan keraguan terhadap program naturalisasi pemain, menyebabkan reputasi Malaysia tercalar, dan mendesak siasatan segera oleh SPRM dan KDN.
- MCW mencadangkan audit proses naturalisasi atlet sejak 2015, penggantungan permohonan berasaskan klausa 'keturunan', dan penubuhan unit integriti bebas di FAM di bawah pemantauan pihak ketiga untuk memastikan ketelusan penuh.