SUKAN
Skandal pemain warisan-FAM: Hukuman dikenakan FIFA keterlaluan, kata FIFPro
FIFPro mengecam keputusan FIFA menggantung tujuh pemain yang terbabit dalam skandal pemain warisan FAM dengan menyifatkan hukuman itu sebagai “sangat tidak setimpal.” - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Persekutuan Antarabangsa Pemain Bola Sepak Profesional (FIFPro) mengecam keputusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menggantung tujuh pemain yang terbabit dalam skandal pemain warisan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dengan menyifatkan hukuman itu sebagai “sangat tidak setimpal.”
Dalam kenyataan pada Isnin, badan induk pemain profesional dunia itu menegaskan, kesemua pemain berkenaan sebenarnya adalah mangsa kegagalan pentadbiran, bukannya pesalah seperti digambarkan.
Menurut FIFPro, hukuman penggantungan selama 12 bulan daripada semua aktiviti berkaitan bola sepak yang dikenakan ke atas pemain-pemain itu adalah melampau berdasarkan situasi sebenar kes tersebut.
“Jelas bahawa para pemain adalah mangsa dalam isu ini. Keputusan itu sendiri mengesahkan bahawa mereka tidak memalsukan sebarang dokumen bagi mendapatkan kelayakan, malah mengakui bahawa dokumen yang dikemukakan adalah tulen,” menurut kenyataan itu.
FIFPro turut menegaskan, apabila seramai tujuh pemain didapati berada dalam situasi sama, adalah jelas sebarang dokumen yang mungkin dipalsukan tidak dilakukan secara individu.
“Pemain juga tidak mempunyai cara untuk mendapatkan pengesahan muktamad daripada FIFA berhubung kelayakan mereka, satu prosedur yang tidak pun diwajibkan di bawah peraturan semasa.
"Amat membimbangkan apabila pemain dipertanggungjawabkan atas dokumen yang dikemukakan oleh sebuah persatuan bola sepak kebangsaan kepada FIFA, sedangkan mereka tidak mempunyai kuasa untuk mengesahkan dokumen yang bukan dikeluarkan atau diserahkan sendiri oleh mereka," katanya.
Menurut kenyataan tersebut, pemain telah mengikuti semua prosedur yang ditetapkan termasuk menyerahkan dokumen peribadi, hadir di hadapan pihak berkuasa Malaysia, menjalani proses angkat sumpah, memperoleh pasport yang dikeluarkan kerajaan dan menunggu kelulusan kelayakan daripada FAM.
“Semua langkah itu dikendalikan oleh institusi di luar kawalan mereka, namun kini mereka berdepan penggantungan daripada kelab serta implikasi serius yang menyusul tanpa sebarang kesalahan di pihak mereka.
“FIFPro menyatakan sokongan penuh kepada pemain-pemain terlibat dan percaya Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) akan membatalkan ketidakadilan ini," ujarnya.
Pada 18 November lalu, FIFA menerbitkan dokumen alasan penuh berhubung keputusan Jawatankuasa Rayuan terhadap kes pemain warisan Malaysia, yang mendedahkan pegawai pentadbiran FAM dikenal pasti sebagai pihak yang mengubah dan memalsukan dokumen kelahiran tujuh pemain terbabit.
FIFA mendedahkan, FAM telah mengakui bahawa salinan sijil kelahiran yang dihantar ke FIFA adalah dokumen yang dipalsukan termasuk perubahan pada lokasi kelahiran datuk dan nenek pemain untuk mewujudkan hubungan keturunan dengan Malaysia.
Sehubungan itu, FIFA menegaskan, integriti pertandingan antarabangsa terjejas akibat tindakan tersebut.