SUKAN
Skate Tour ASEAN - penanda aras baharu bagi acara serantau
Vareeraya Sukasem berusia 14 tahun merupakan wakil Thailand dalam kategori street di Olimpik Paris 2024 yang turut menyertai Skate Tour ASEAN di Pulau Pinang. Foto - MySKATE.
KEPALA BATAS: Skate Tour ASEAN (STA) Terbuka Malaysia 2025 melakar sejarah apabila edisi sulung bermula pada Jumaat di Pokok Sena Skatepark, Kepala Batas, Pulau Pinang.
Kejohanan yang menghimpunkan 74 atlet ini disertai 32 atlet antarabangsa dari Singapura, Thailand, Indonesia, Vietnam dan Kemboja, selain 42 wakil tuan rumah, Malaysia.
Empat kategori dipertandingkan iaitu Street Lelaki, Street Wanita, Park Lelaki dan Park Wanita.
Majlis pelancaran disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, Mozakir Buyong Mokhtar bersama Presiden Persekutuan Luncur Beroda Malaysia (MySKATE), Idroose Tambarin.
Dalam majlis yang sama, Kementerian Belia & Sukan (KBS) turut menyerahkan Geran Padanan Sukan bernilai RM160,000 sebagai usaha memperkukuh pembangunan sukan papan selaju negara.
Skate Tour ASEAN 2025 merupakan inisiatif MySKATE dengan sokongan KBS, Majlis Sukan Negara (MSN) dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Ia diwujudkan sebagai platform untuk menghimpunkan peluncur terbaik Asia Tenggara bukan sahaja bagi mengasah kemahiran dan bersaing, tetapi juga membina persahabatan serantau.
Format kejohanan ini menggunakan sistem ASEAN Representation System yang menjamin setiap negara mempunyai wakil dalam setiap pusingan.
“STA bukan sekadar sebuah pertandingan, tetapi platform pembangunan, budaya dan peluang.
Kami berbangga menjadi tuan rumah Malaysia Open pertama ini, sekali gus menyediakan pentas untuk atlet kita menguji kemampuan menentang peluncur terbaik ASEAN serta memberi inspirasi kepada generasi baharu,” kata Presiden MySKATE, Idroose.
Sistem kuota ini memberi peluang sama rata, memperkasa pembangunan sukan di negara baharu, menambah keterujaan penonton yang dapat menyokong wakil negara mereka sehingga ke final, selain menyerlahkan kepelbagaian gaya papan selaju ASEAN.
Format serupa turut digunakan dalam temasya bertaraf dunia seperti Olimpik, Sukan SEA dan Sukan Asia.
STA 2025 menandakan kali pertama sistem ini diaplikasikan khusus untuk sukan papan selaju dalam satu minggu pertandingan di satu venue, sekali gus menjadi penanda aras baharu bagi acara serantau.