awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek pembunuhan larikan diri 37 tahun dibawa balik ke HK dari Thailand
Maritim Perak selamatkan kru kapal dagang warga India yang cedera
Obor-obor hantu gergasi ditemui terapung di laut berhampiran Argentina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skuad B-19 terus mengaum di Surabaya, belasah Singapura 5-0

Bernama
Bernama
22/07/2024
15:57 MYT
Skuad B-19 terus mengaum di Surabaya, belasah Singapura 5-0
Skuad bola sepak Bawah 19 Tahun (B-19) kebangsaan meneruskan rentak cemerlang dengan membelasah Singapura 5-0 pada aksi kedua Kumpulan C Kejohanan B-19 ASEAN 2024 di Surabaya, Indonesia, hari ini. - Foto Facebook FAM
KUALA LUMPUR: Skuad bola sepak Bawah 19 Tahun (B-19) kebangsaan meneruskan rentak cemerlang dengan membelasah Singapura 5-0 pada aksi kedua Kumpulan C Kejohanan B-19 ASEAN 2024 di Surabaya, Indonesia, hari ini.
Perlawanan di Stadium Gelora 10 November menyaksikan Malaysia yang turun selaku juara bertahan memulakan pesta gol seawal minit ketujuh menerusi jaringan Muhamad Ridzwan Rosli, disusuli gol oleh Muhammad Naim Zainuddin selang lima minit kemudian, manakala G. Pavithran menambah derita Singapura pada minit pertama masa kecederaan babak pertama.
Bersambung babak kedua, anak buah Juan Torres Garrido menambah dua lagi gol menerusi Muhamad Faris Danish Mohd Asrul pada minit ke-73 dan Izzat Muhammad Syahir pula melengkapkan kemenangan skuad negara pada minit ke-82.
Malaysia yang memulakan kempen penuh bergaya selepas membelasah Brunei 11-0 pada Jumaat lepas bakal menentukan juara kumpulan dengan bertemu Thailand di Stadium Gelora Bung Tomo, Khamis ini.
Terdahulu, Thailand mudah membenam Brunei 6-0.
Walaupun berkongsi enam mata dengan Thailand, skuad kebangsaan kini menerajui Kumpulan C dengan perbezaan jaringan, manakala Singapura dan Brunei masing-masing berada di tangga ketiga dan keempat tanpa sebarang mata.
Mengikut format kejohanan juara kumpulan dan satu pasukan naib juara terbaik kumpulan layak ke saingan separuh akhir.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bola sepak Bawah 19 Tahun
#Malaysia
#Kejohanan B-19 ASEAN 2024
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan