awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skuad badminton remaja mara ke suku akhir dengan bergaya

Bernama
Bernama
08/07/2023
22:41 MYT
Skuad badminton remaja mara ke suku akhir dengan bergaya
Ong Xin Yee-Carmen Ting (gambar) menewaskan Rakshitha Sree Santhosh Ramraj-Shriyanshi Valishetty, melengkapkan kemenangan bergaya Malaysia sebagai juara Kumpulan C. - Facebook BAM
KUALA LUMPUR: Malaysia melangkah ke suku akhir Kejohanan Badminton Remaja Asia 2023 bagi kategori berpasukan dengan bergaya apabila mengekalkan rekod tanpa kalah selepas menewaskan India 5-0 pada aksi terakhir saingan Kumpulan C di Yogyakarta, Indonesia, semalam.
Pasangan beregu campuran, Low Han Chen-Chong Yie Yu tampil dengan aksi memberangsangkan untuk menyumbang mata pertama negara selepas menumpaskan gandingan Samarveer-Radhika Sharma 18-21, 21-15, 21-10 dalam tempoh 55 minit.
Momentum kemenangan diteruskan apabila giliran perseorangan lelaki, Eogene Ewe mengutip mata dengan mengalahkan Lakshay Sharma 21-14, 21-15 sekali gus meletakkan skuad kebangsaan semakin selesa.
Perseorangan wanita, Ong Xin Yin mengesahkan kemenangan Malaysia apabila menumbangkan Rakshitha Sree Santhosh Ramraj 21-13, 5-21, 21-15 dalam perlawanan selama 43 minit.
Beregu lelaki Bryan Jeremy Goonting-Aaron Tai dan beregu wanita Ong Xin Yee-Carmen Ting melengkapkan kemenangan bergaya Malaysia selepas menewaskan lawan masing-masing.
Keputusan semalam menyaksikan Malaysia mara ke peringkat suku akhir sebagai juara Kumpulan C selepas mengutip enam mata sementara India yang berada di kedudukan kedua dengan empat mata turut layak selaku naib juara.
Terdahulu, Malaysia turut menjinakkan Bangladesh 5-0 dalam satu lagi aksi kumpulan pada sebelah pagi selain membenam Hong Kong 5-0 pada aksi sulung Jumaat.
Undian aksi peringkat suku akhir akan dibuat hari ini.
Kejohanan Badminton Remaja Asia 2023 bagi kategori berpasukan berlangsung dari Jumaat sehingga Selasa depan, sebelum kategori individu membuka tirai saingan dari 12 hingga 16 Julai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#badminton
#Kejohanan Badminton Remaja Asia 2023
#skuad badminton remaja
#Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan