PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan nama “Harimau Malaysia” sebagai gelaran rasmi baharu bagi skuad bola sepak tempatan berkuat kuasa serta-merta.
Menurut Presiden FAM, Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah, gelaran baharu tersebut diharap dapat memberi gambaran jelas bahawa skuad kebangsaan adalah milik seluruh rakyat Malaysia termasuk juga mereka di Sabah dan Sarawak.
"Bagi melancarkan era baharu bola sepak Malaysia mulai tahun 2016 ini, FAM berasakan nama gelaran Harimau Malaya yang sering kali diguna pakai sebelum ini sudah tidak lagi sesuai.
"Ini memandangkan perkataan Malaya itu sendiri tidak lagi diguna pakai secara menyeluruh di negara ini sejak pembentukan Malaysia pada tahun 1963, iaitu kira-kira 53 tahun yang lalu,” titah Tengku Abdullah.
Pada 22 Februari tahun lalu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pernah menyuarakan saranan supaya gelaran "Harimau Malaysia" diguna pakai untuk merujuk kepada skuad kebangsaan, berbanding "Harimau Malaya" yang menggambarkan seolah-olah penyokong Sabah dan Sarawak tidak terlibat langsung.
FAM turut melancarkan peraduan mencipta logo Harimau Malaysia yang terbuka kepada semua warganegara Malaysia untuk mencipta imej baharu pasukan kebangsaan.
Peserta berpeluang memenangi hadiah wang tunai RM10,000 serta pengalaman bersama skuad kebangsaan pada kejohanan AFF Suzuki pada akhir tahun ini.
Gelaran baharu ini diumumkan pada Majlis Pengenalan Penaja & Pengumuman Nama Gelaran Baharu Skuad Kebangsaan bertempat di sebuah hotel di sini.
Nizam Bakeri
Tue Feb 02 2016
FAM turut mengumumkan empat penaja yang terus memberi sokongan dan komitmen bersama skuad kebangsaan untuk tahun 2016 iaitu TM, Bank Islam, Nike dan 100PLUS - Foto Facebook/FAM
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Harimau Malaysia: Netizen tidak setuju FAM ubah gelaran skuad kebangsaan
Netizen lebih selesa dengan jolokan Harimau Malaya dan berpendapat keputusan FAM bersifat luaran serta tidak membantu prestasi pasukan.
Skuad bola sepak kebangsaan kini digelar 'Harimau Malaysia'
FAM turut mengumumkan peraduan mencipta logo Harimau Malaysia sebagai menyambut imej serta wajah baharu skuad bola sepak kebangsaan.