SHAH ALAM: Perjuangan 27 tahun menuntut janji ganjaran memenangi Piala Malaysia 1995 akhirnya berhasil, apabila 26 anggota skuad Selangor ketika itu masing-masing bakal menerima sebuah pangsapuri awal tahun hadapan.
Isteri Allahyarham Anuar Abu Bakar yang merupakan salah seorang bekas pemain, Siti Mariam Sathawee, 49, berkata suaminya antara individu yang memperjuangkan perkara itu tanpa jemu sehinggalah beliau meninggal dunia akibat kanser hati pada Mei 2019.
"Arwah ada cuba berjumpa dengan beberapa orang bagi menguruskan ganjaran yang dijanjikan tetapi tidak berjaya.
"Arwah pernah meluahkan kekecewaan pada saya berkenaan perkara itu," katanya dengan nada sebak kepada pemberita selepas Majlis Cabutan Undi dan Menandatangani Perjanjian Penyerahan Hartanah oleh 26 anggota Skuad Bola Sepak Selangor 1995 di Foyer Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah, di sini hari ini.
Anggota skuad itu termasuk penolong jurulatih, jurulatih penjaga gol, ahli fisioterapi dan 'kitman', masing-masing menerima satu unit rumah SelangorKu berkeluasan 1,022 kaki persegi di Pangsapuri Idaman Abadi di Batu 18, Hulu Langat bernilai RM250,000.
Pasukan itu menjuarai Piala Malaysia pada 11 Nov 1995 apabila menewaskan Pahang di Stadium Shah Alam dan susulan kemenangan itu, pemain dan pegawai dijanjikan sebidang tanah berukuran 0.4 hektar oleh pihak kerajaan negeri ketika itu.
Bekas penyerang, Ismail Ibrahim, 59, meluahkan rasa syukur selepas perjuangannya dan rakan-rakan berakhir dengan berita gembira.
"Gerak kerja kami diperhebat selepas dimaklumkan tanah yang dijanjikan oleh kerajaan negeri sebelum ini sudah tiada, termasuk pihak yang dipertanggungjawabkan untuk perkara berkenaan juga tiada (hilang).
"Sebelum ini janji tersebut dicatatkan dalam minit mesyuarat kerajaan negeri jadi ada hitam putih. Jadi kami yakin kami akan dapat," katanya yang kini berkhidmat sebagai jurulatih pasukan UiTM FC.
Ismail berkata sejak 2019 mereka mula mendapatkan keratan akhbar (laporan media mengenai janji ganjaran itu) dan berjumpa dengan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari untuk meminta bantuan.
Katanya, ini kerana hanya menteri besar dan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sahaja boleh melihat rekod Mesyuarat Kerajaan Negeri tersebut.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Selangor Rodziah Ismail berkata kerajaan negeri memberikan keistimewaan kepada anggota skuad itu dengan tidak meletakkan sebarang syarat kelayakan seperti pemohon Rumah Selangorku dan mereka juga tidak tertakluk kepada syarat-syarat penjualan menerusi Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).
"Berdasarkan status terkini, kemajuan projek Pangsapuri Idaman Abadi akan siap dengan sijil perakuan penyiapan dan pematuhan (CCC) pada akhir bulan ini dan kunci akan mula diserahkan pada awal tahun hadapan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 08 2022

Rodziah (tengah) bergambar bersama bekas pemain bola sepak Selangor pada Majlis Cabutan Undi Unit dan Menandatangani Perjanjian Jual Beli rumah. - Gambar/ Bernama

Peniaga didakwa tipu jual beli kereta
Seorang peniaga dalam talian mengaku tidak bersalah atas tuduhan memperdayakan tiga peniaga lain dalam urusan jual beli kereta berjumlah RM30,200, tahun lalu.

Kadar jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM
Mudah tunai dalam sistem konvensional turun kepada RM51.80 bilion daripada RM52.49 bilion pagi ini.

Pan Gon puji padang Stadium Sultan Ibrahim
Kim Pan Gon berkata, keadaan padang tersebut membolehkan anak buahnya melakukan permainan pantas, justeru beliau berterima kasih kepada JDT.

Mangsa banjir di Batu Pahat terus menurun kepada 369 orang
50 mangsa yang ditempatkan di PPS SK Seri Medan dan Dewan Orang Ramai Yong Peng dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Jangan sebab amarah, 'dibunuh' periuk nasi 60 orang - Sharnaaz
Sharnaaz merasakan tindakan tersebut tidak wajar kerana para pelakon serta kru belakang tabir telah berusaha keras untuk menghasilkan sebuah karya yang berkualiti.

Angkasawan UAE sambut Ramadan di angkasa
Angkasawan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sultan alNeyadi, menyambut bulan Ramadan di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Netanyahu terpaksa tangguh lawatan ke London
Keengganan juruterbang itu dikaitkan dengan rancangan Netanyahu untuk menyusun semula sistem perundangan Israel, yang menyebabkan protes besar-besaran.

Malaysia gesa diwujudkan agensi PBB urus isu air
Malaysia mencadangkan diwujudkan sebuah agensi khusus untuk air di peringkat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi melaksanakan Agenda Tindakan Air.

Inisiatif Pucuk Hijau UMW: Kenapa pokok bakau?
Sasaran Kumpulan UMW untuk tanam 300,000 pokok bakau di seluruh Malaysia semakin dihampiri.

AWANI Ringkas: Tiada lagi monopoli Puspakom untuk perkhidmatan pemeriksaan berkala kenderaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Skuad bola sepak Selangor 1995 terima rumah selepas 27 tahun
26 anggota skuad Selangor pada tahun 1995 masing-masing bakal menerima sebuah pangsapuri awal tahun hadapan.

Khuatir pemain AMD panaskan bangku simpanan
Ketika Pengarah Teknikal FAS, Michael Feichtenbeiner, menganggap penyertaan beramai-ramai pemain akademi itu ke Selangor adalah satu langkah positif, Richard pula berasakan sebaliknya.