KUALA LUMPUR: Skuad bola sepak wanita Malaysia mungkin kurang persiapan, namun tetap bersemangat tinggi untuk bersaing pada pusingan kelayakan Piala Asia Wanita 2022 yang dijadualkan berlangsung di Palestin bulan depan.
Pemain berpengalaman Steffi Sarge Kaur Sarjan Singh berkata, ketika ini setiap pemain fokus pada misi mereka dan berharap mencipta keputusan yang baik dalam peringkat kelayakan walaupun baru memulakan latihan berpusat di Wisma FAM, Kelana Jaya, Sabtu lalu.
Pemain berusia 33 tahun itu, yang dipanggil semula menyertai skuad kebangsaan selepas sedekad, mengakui gembira dapat kembali lebih-lebih lagi dengan kehadiran ramai muka baharu dan muda.
"Saya sangat gembira dapat bermain dan berlatih dengan mereka (pemain baharu), malah sebenarnya tidak sabar. Saya ingin lihat, bagaimana gabungan pemain muda dan senior ini di padang. Saya rasa setiap pemain yang berjaya mewakili pasukan kebangsaan mahu menang demi negara.
"Jadi satu-satunya matlamat saya adalah melakukan yang terbaik dan berharap pasukan kami dapat mencapai sesuatu di Palestin nanti. Fokus utama kami adalah beri 100 peratus dalam latihan dan pada hari kejohanan," katanya dalam temu bual melalui video dari Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), semalam.
Seorang lagi pemain, Eva Olivianie Antinus berharap dapat mempamerkan persembahan yang lebih baik berbanding penampilan terakhir mereka semasa Sukan SEA 2019 di Manila, apabila pasukan Malaysia kalah dalam kedua-dua perlawanan Kumpulan A menentang Filipina dan Myanmar masing-masing dengan keputusan 5-0.
"Setiap pemain perlu yakin, jika sejak dari awal sudah kurang yakin hasilnya tidak akan bagus. Harapan saya sekurang-kurangnya kita dapat bermain dengan lebih baik berbanding permainan terakhir dulu," kata pemain asal Sabah berusia 20 tahun itu.
Pasukan Malaysia yang diundi dalam Kumpulan H di peringkat kelayakan, akan berdepan dengan Thailand pada 19 Sept dan tuan rumah Palestin pada 22 Sept, kedua-dua perlawanan dijadual berlangsung di Stadium Faisal Al-Husseini di Al-Ram, di Baitulmuqaddis.
Sementara itu, ketua jurulatih Jacob Joseph berkata tiga daripada 28 pemain yang dipanggil berlatih akan digugurkan selepas Sabtu ini dan akan berpindah ke kem latihan di Majlis Sukan Negara pada Ahad, dengan 23 pemain akan dimuktamadkan sebelum berlepas ke peringkat kelayakan.
"Kami tahu Thailand sangat kuat malah pasukan itu pernah layak ke separuh akhir pada edisi 2018. Jadi, kami akan berusaha mengawal permainan untuk mengelakkan kekalahan besar, sebaliknya dengan Palestin kita mempunyai peluang 50/50.
"Saya sudah lihat video pasukan Palestin, walaupun mereka telah memulakan latihan dua bulan lalu sedangkan kami baru mula, kami yakin mampu beri saingan," katanya.
Pusingan akhir Piala Asia Wanita 2022 dijadualkan berlangsung 20 Jan hingga 6 Feb di India.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 24 2021
Ketua jurulatih Jacob Joseph berkata, tiga daripada 28 pemain yang dipanggil berlatih akan digugurkan selepas Sabtu ini dan akan berpindah ke kem latihan di Majlis Sukan Negara pada Ahad. - Foto Facebook Football Association of Malaysia
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Kelayakan Piala Asia: Malaysia diundi dalam kumpulan H bersama Thailand, Palestin
Skuad bola sepak wanita negara diundi dalam Kumpulan H bersama Thailand dan Palestin, pada pusingan kelayakan Piala Asia Wanita 2022 yang akan berlangsung bermula 13 hingga 25 Sept ini.