Skuad boling remaja lelaki raih pingat perak acara berpasukan

Bernama
Ogos 17, 2022 22:00 MYT
Shaqeem Izwan Teh, Airel Amri, Syabil-Azam dan Izz Naqiuddin membawa pulang pingat perak dari kejuaraan Boling Remaja Asia. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Pemain boling remaja lelaki negara terpaksa berpuas hati dengan pingat perak dalam acara berpasukan di Kejohanan Boling Remaja Asia Ke-21 di Bangkok, Thailand malam tadi.
Skuad negara yang terdiri daripada Izz Naqiuddin Putera Islahuddin, Syabil-Azam Syamsul-Azam, Airel Amri Suhaimi dan Shaqeem Izwan Teh Shahrul Hafiz Teh mencatatkan 5,240 jatuhan pin malam tadi, manakala pingat emas diraih oleh skuad Hong Kong A dengan catatan 5,299 jatuhan pin, dan Singapura B yang mencatatkan 5,060 jatuhan pin merangkul pingat gangsa.
Sementara itu Shaqeem Izwan memenangi pingat gangsa bagi kategori all event lelaki selepas mencatatkan 4,060 jatuhan pin.
Pemain boling Taiwan Lan Shao-Kang muncul juara dengan catatan 4,163 jatuhan pin, manakala pingat perak dimenangi oleh Hassan Qasem dari Kuwait A dengan 4,090 jatuhan pin.
Kejohanan enam hari itu dijadualkan berakhir Jumaat ini.
-- BERNAMA
#boling #pingat perak #Kejohanan Boling Remaja Asia #acara berpasukan