awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Warga emas, cucu rentung dalam kebakaran rumah pekerja di Bintulu
Penyanyi Nigeria, Ifunanya Nwangene meninggal dunia dipatuk ular tedung di dalam rumah
Trump umum Pusat Kennedy hentikan operasi hiburan selama dua tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skuad Bosnia optimis sekat tempo Argentina

Astro Awani
Astro Awani
15/06/2014
10:29 MYT
Skuad Bosnia optimis sekat tempo Argentina
Skuad Bosnia optimis sekat tempo Argentina
Skuad Bosnia Herzegovina bakal membuat penampilan sulung mereka dalam Piala Dunia 2014 menentang Argentina di Stadium Maracana pada pukul 6 pagi esok.
Mungkin dianggap pasukan underdog, jurulatih Bosnia, Safet Susic dengan penuh yakin menyuntik strategi menyerang buat pasukannya.
Keyakinan tinggi Safet Susic itu membuatkan cerita skuad Bosnia menjadi perkongsian di platform Twitter.
Turun menentang skuad Argentina yang pernah menjulang Piala Dunia dua kali pada tahun 1978 dan 1986 serta terpaksa berhadapan dengan penyerang berbisa seperti Lionel Messi, mungkin itu fakta atas kertas yang agak menggerunkan tetapi bagi skuad Bosnia Herzegovina, fakta itulah yang menyuntik motivasi buat mereka.
Menurut Safet, kehadiran skuadnya ke pentas dunia untuk pertama kali sudah cukup membanggakan. Mereka optimis dalam menyekat tempo Argentina serta menyerang dan bermain tanpa sebarang tekanan.
Pemain muda berusia 21 tahun, Muhamed Besic menjadi taruhan skuad Bosnia bagi mengendalikan jentera serangan tengah.
Selepas 20 tahun Bosnia mencapai kemerdekaan pada 1995, ini adalah kemunculan pertama skuad itu untuk temasya sebesar Piala Dunia.
Topic Berkaitan
#Argentina
#Bosnia Herzegovina
#FIFA
#Piala Dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan