awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skuad Harimau Malaya pulang bermaruah

Astro Awani
Astro Awani
12/12/2014
13:26 MYT
Skuad Harimau Malaya pulang bermaruah
Pemain Malaysia, Mohd Badhri Mohd Radzi (depan) ketika tiba dari Vietnam selepas berakhir separuh akhir kedua menentang pasukan Vietnam pada piala AFF Suzuki 2014 di KLIA pada Jumaat. - fotoBERNAMA
Setelah berjaya mengatasi Vietnam dalam perlawanan separuh akhir kedua semalam di Stadium My Dinh, Hanoi, hari ini pasukan bola sepak negara Harimau Malaya pulang ke tanah air. Pasukan negara itu hari ini tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 6:50 petang menaiki pesawat Malaysia Airlines diiringi Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin.
Manakala kumpulan kedua tiba pada jam 7:50 petang menaiki pesawat Vietnam Airlines.
Bagaimanapun, tinjauan Astro AWANI mendapati tidak ramai penyokong yang menunggu kepulangan skuad negara sebentar tadi.
Namun, setelah mereka tiba, orang ramai yang kebetulan berada di KLIA mula mengerumuni dan bersorak meriah.
Pada Khamis, Harimau Malaya menang 4-2 menewaskan Vietnam pada aksi separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki 2014.
Kemenangan bermaruah di kubu lawan ini membolehkan skuad bimbingan Dollah Salleh mara ke final dengan agregat 5-4.
Topic Berkaitan
#harimau Malaya
#MAS
#Piala Suzuki AFF 2014
#VIE
#Vietnam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan