Skuad hoki 5s terima insentif RM80,000

Astro Arena
Februari 2, 2024 02:00 MYT
Skuad hoki 5s lelaki negara mencuri tumpuan apabila bergelar naib juara edisi pertama Piala Dunia Hoki 5s selepas tewas 5-2 kepada Belanda dalam aksi final. - Foto Astro ARENA
SKUAD hoki 5s negara akan menerima insentif sebanyak RM80,000 susulan kejayaan bergelar naib juara Piala Dunia Hoki 5's di Muscat, Oman awal pagi semalam.
Perkara itu disahkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, ketika ditemui wartawan Astro Arena, Faizal Bazari hari ini.
Skuad hoki 5s lelaki negara mencuri tumpuan apabila bergelar naib juara edisi pertama Piala Dunia Hoki 5s selepas tewas 5-2 kepada Belanda dalam aksi final.
Ikuti laporan terperinci dalam Nadi Arena jam 7.30 malam ini.

Congrats ,, insentif RM80 ribu kepada skuad Hoki 5 's- Hannah Yeoh@ASTROARENA pic.twitter.com/ES3m3L5fal

— Faizal Bazari (@faizalbazario) February 1, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#hoki 5s #insentif #Hannah Yeoh #Piala Dunia Hoki 5s