SPORTS
Skuad Leicester City hadir upacara pengebumian Vichai

Pemain Leicester City, Jamie Vardy (kanan) bersama pemain lain mengambil bahagian dalam upacara pengebumian bagi memberi peringatan kepada Vichai Srivaddhanaprabha di sebuah kuil di Bangkok, Thailand, 4 Nov, 2018. (King Power via AP)
Skuad Leicester City tiba di Bangkok pada Ahad bagi memberi penghormatan terakhir kepada pemilik kelab, Vichai Srivaddhanaprabha, yang maut di England, 27 Oktober lalu.
Pasukan itu diketuai pengurus Claude Puel, bersama semua pemainnya, tiba di kuil yang menjalankan upacara pengebumian Vichai, sehari selepas meraih kemenangan 1-0 ketika menentang Cardiff City.
Kemenangan penuh emosi itu dihadiahkan kepada Vichai yang berjaya menyelamatkan kelab itu.
Beliau berjasa membina empayar, daripada cuma satu kedai di Bangkok, kepada penubuhan King Power bebas cukai, dengan lokasi kedai di lapangan terbang yang dipenuhi pelancong di thailand.
Vichai menggunakan kekayaan hasil perniagaan monopoli itu untuk mendapatkan Leicester City dan membantu menjadikan kelab berkenaan pemenang gelaran Liga Perdana pada 2016.

Pemain dan pegawai kelab Liga Perdana Inggeris, Leicester City, tiba di kuil bagi turut sama menghadiri upacara pengebumian Vichai Srivaddhanaprabha di Bangkok, Thailand, 4 Nov, 2018. (Foto AP)
Vichai bersama empat mangsa lain maut apabila helikopter miliknya terhempas di luar Stadium King Power di Leicester, sejurus perlawanan Liga Perdana antara Leicester dan West Ham berakhir.
Majlis penghormatan terhadap jutawan Thailand berusia 60 tahun itu bermula pada Sabtu lalu dan akan berlangsung hingga 9 November ini.
Ia turut dihadiri pegawai tinggi kerajaan, ahli perniagaan dan tokoh masyarakat.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami