KUALA LUMPUR: Skuad Muay Thai kebangsaan berjaya membawa pulang empat pingat emas pada Kejohanan Senior Dunia Persekutuan Antarabangsa Persatuan Muay Thai (IFMA) 2022 di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Kejohanan yang berlangsung di Abu Dhabi National Exhibition Centre dari 26 Mei hingga hari ini itu menyaksikan Malaysia meraih emas pertama menerusi wakil wanita, Damia Husna Azian yang menumpaskan Fereshteh Hassanzadeh Mirsadeghi dari Iran, 29-28 bagi kategori 42-45 kilogram (kg) "special fight".
Mohammad Rifdean Masdor kemudian menewaskan Asror Karimov dari Uzbekistan 29-28 dalam kategori 48 kilogram (kg) lelaki bawah 23 tahun untuk emas kedua negara.
Kemaraan Malaysia diteruskan Muhammad Hairie Mahmad yang mengalahkan wakil tuan rumah, Ahmed Aldhaheri 29-28 bagi kategori 45kg lelaki bawah 23 tahun, diikuti emas keempat oleh Ahmad Nor Iman Aliff Rakib selepas mengatasi atlet Iran, 30-26, Mehrdad Khanzadeh Gharehtapeh dalam kategori 54kg lelaki bawah 23 tahun.
Selain empat emas, pasukan negara turut merangkul satu perak dan satu gangsa dalam kejohanan tersebut.
Nur Amisha Azrilrizal membawa pulang pingat menerusi perak selepas tumpas kepada juara dari Thailand, Thanittha Plenjit, bagi kategori 51kg wanita bawah 23 tahun.
Pingat gangsa negara pula diperoleh Mohamad Farith Ab Razak yang menyertai kategori 48kg lelaki senior elit.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 04 2022
Mohammad Rifdean menewaskan Asror Karimov dari Uzbekistan 29-28 dalam kategori 48 kilogram (kg) lelaki bawah 23 tahun untuk emas kedua negara. - Foto Facebook BSKM Perak
Lebih 14,000 kanak-kanak dibunuh di Gaza, Israel telah mengalahkan Hitler - Presiden Turki
Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai yang merupakan aib dalam sejarah manusia, baik di Gaza dan Tebing Barat, tegas Erdogan.
14 orang cedera dalam serangan Hizbullah ke atas pusat komando Israel
Hizbullah sifatkan, serangan itu "sebagai tindak balas kepada pembunuhan beberapa pejuang penentangan."
Israel akan mempertahankan dirinya sendiri - Benjamin Netanyahu
Israel akan membuat keputusan sendiri dan akan melakukan segala yang diperlukan untuk mempertahankan diri.
Kerajaan Perak bantu pelajar bawa pulang kitab Turath
Kerajaan negeri Perak menghargai jasa pelajar tajaan MAIPk itu yang bersungguh-sungguh mengumpulkan khazanah berharga tersebut.
FAM mahu persatuan, kelab belia kreatif lahirkan pemain berkualiti
Negara tidak seharusnya terlalu bergantung kepada bakat di sekolah sukan atau Akademi Mokhtar Dahari dalam melahirkan bintang bola sepak.
Manja Man pengendali baharu Kelantan FC
Bekas pemain pertahanan itu yakin Kelantan memiliki bakat muda yang mampu dibentuk menjadi pemain bernilai bagi pasukan kembali digeruni.
10 peratus daripada 1,900 premis di Selangor tidak patuhi piawaian FC
Selain tidak melaksanakan latihan kebakaran, premis berkenaan juga didapati tidak akur dari segi piawaian pengubahsuaian bangunan.
IMF semak naik unjuran KDNK Malaysia kepada 4.4 peratus bagi 2024
IMF menerusi Tinjauan Ekonomi Dunia terbaharunya juga menjangkakan pertumbuhan KDNK kekal pada 4.4 peratus dalam 2025.
Lelaki ditemui mati dengan 10 tetakan, seorang dicekup
Mangsa yang berbangsa Kayan, berusia 57 tahun, disyaki diserang menggunakan objek tajam.
Parti politik India perhebat dekati pengundi, bagi pusingan pertama pilihan raya kebangsaan
Modi berkata kerajaannya terus berusaha untuk pembangunan ekonomi wilayah timur laut itu.
Skuad Muay Thai negara gondol empat emas di UAE
Skuad kebangsaan berjaya membawa pulang empat emas pada Kejohanan Senior Dunia Persekutuan Antarabangsa Persatuan Muay Thai (IFMA) 2022.