SUKAN

Skuad wushu negara tambah dua pingat emas di Kejohanan Wushu Dunia ke-17

Bernama 06/09/2025 | 01:00 MYT
Si Shin Peng yang mengungguli acara Jianshu dengan 9.746 mata. - Foto Facebook/Majlis Sukan Negara Malaysia
KUALA LUMPUR: Skuad wushu negara menambah dua lagi pingat emas pada hari ketiga Kejohanan Wushu Dunia Ke-17 di Brasilia, Brazil, pada Jumaat.

Dalam aksi di Ulysses Guimaraes Convention Center, atlet wushu wanita, Tan Cheong Min menyumbang emas dalam acara Nangun selepas mengumpul 9.746 mata, sekali gus mengatasi wakil Taiwan, Chao Tang Hsuan (9,723) yang meraih pingat perak, manakala wakil Korea Selatan, Siwoo Byun membawa pulang pingat gangsa dengan 9,710 mata.

Satu lagi emas negara disumbangkan oleh atlet lelaki, Si Shin Peng yang mengungguli acara Jianshu dengan 9.746 mata.

Chin Ka Hou dari Macau meraih perak dengan 9.736 mata, sementara wakil Hong Kong, Chen Jinsong memperoleh gangsa selepas mencatat 9.733 mata.

Semalam, Shin Peng menghadiahkan emas pertama Malaysia pada kejohanan itu menerusi acara Qiangshu.

Selepas tiga hari saingan di Brazil, Malaysia kini mengumpul tiga emas, satu perak dan satu gangsa.

Semalam, Shin Peng menghadiahkan emas pertama Malaysia di kejohanan itu menerusi acara Qiangshu.

Selepas tiga hari saingan di Brazil, Malaysia kini mengumpul tiga emas, satu perak dan satu gangsa.

-- BERNAMA






#Kejohanan Wushu Dunia Ke-17 #pingat emas #Tan Cheong Min #Si Shin Peng