awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skuasy: Nafiizwan rangkul gelaran Terbuka Ireland

Bernama
Bernama
28/04/2013
09:55 MYT
Skuasy: Nafiizwan rangkul gelaran Terbuka Ireland
Pemain skuasy lelaki Nombor 2 negara Mohd Nafiizwan Adnan akhirnya menamatkan kemarau kemenangannya dalam siri Jelajah Dunia PSA dengan menjuarai kejohanan skuasy Terbuka Ireland di Dublin, Ireland pada Sabtu.
Dalam perlawanan akhir di Fitzwillian Tennis Club, Mohd Nafiizwan, yang diletakkan sebagai pilihan ketiga, mengejutkan pemain pilihan kedua Omar Abdel Meguid dari Mesir dengan mencatat kemenangan 13-11, 8-11, 11-7 dan 11-2 dalam perlawanan selama 57 minit.
Mengulas kejayaannya itu, pemain kelahiran Terengganu berusia 27 tahun ini berkata kemenangan tersebut amat bermakna baginya kerana ia merupakan kemenangan pertama yang diraihnya dalam kejohanan skuasy terbuka antarabangsa tahun ini.
"Saya akan berehat dulu selepas seminggu bertungkus-lumus. Ireland membawa tuah kepada saya, ini merupakan kejohanan yang hebat dan saya harap Canon Kirk Homes, penaja kejohanan ini, akan memberi sokongan kepada kejohanan ini tahun depan," katanya yang dipetik daripada laman web kejohanan itu www.irishsquash.com.
Sementara itu, dalam kategori wanita, pemain tuan rumah Madeline Perry terpaksa bermain dalam empat set ketika menentang pemain Guyana Nicolette Fernandes, 36, sebelum menang dengan mata 11-5, 11-9, 8-11 dan 11-3 dalam pertarungan selama sejam.
Ini merupakan kemenangan kedua baginya setelah menjuarai kejohanan yang sama pada 2010.
Topic Berkaitan
#Mohd Nafiizwan Adnan
#Skuasy
#Terbuka Ireland
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan