awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skuasy: Nicol rangkul kejuaraan sulung Terbuka China

Bernama
Bernama
27/10/2013
23:00 MYT
Skuasy: Nicol rangkul kejuaraan sulung Terbuka China
Ratu skuasy negara Datuk Nicol David merangkul gelaran keempat dalam siri Jelajah Dunia Persatuan Skuasy Wanita (WSA) musim ini selepas menjuarai Kejohanan Terbuka China di Shanghai, hari ini.
Pemain nombor satu dunia itu, bagaimanapun, terpaksa memerah keringat sebelum menyingkirkan bintang muda Mesir, Raneem El Weleily dalam pertarungan lima set dengan keputusan 8-11, 6-11, 11-7, 11-7 dan 11-8.
Dalam 14 pertemuan dengan Raneem, 24, selaku pemain nombor tiga dunia, Nicol David hanya kalah dua kali.
Sepanjang musim ini, Nicol, 30, menjuarai Terbuka Malaysia, Carol Weymuller, Terbuka Amerika Syarikat dan kini Terbuka China buat kali pertama.
"Semua perlawanan pada Terbuka China berjalan lancar dan hari ini sangat bangga kerana mengatasi lawan dalam set penentuan," kata Nicol dalam Twitternya.
Sebelum ini, Raneem menyingkirkan juara bertahan dan pemain nombor dua negara Low Wee Wern dalam saingan suku akhir, Jumaat lepas.
Topic Berkaitan
#China
#Nicol
#Skuasy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan