TOTTENHAM Hotspur menjaringkan empat gol dalam aksi dominan separuh masa kedua untuk menewaskan Aston Villa 4-0 di Villa Park sekali gus meletakkan kelab London itu mengisi kelompok kelayakan ke Liga Juara-Juara musim depan.
Kemenangan ke-16 selepas mengharungi 27 perlawanan menyaksikan angkatan Ange Postecoglou berada dalam kelompok lima teratas dengan 53 mata, dua mata di belakang Aston Villa di tangga keempat.
Bagaimanapun pasukan pelawat hanya menyerlah pada separuh masa kedua dengan gol voli James Maddison minit ke-50 sebelum Brennan Johnson memanfaatkan kesilapan mudah jentera Villa tiga minit kemudian.
Harapan pesaing dari Birmingham asuhan Unai Emery untuk kembali semula dalam permainan samar selepas tonggak tengah John McGinn dilayangkan kad merah minit ke-65 selepas mengasari pertahanan Spurs, Destiny Udogie.
Kekurangan Villa itu dimanfaatkan sepenuhnya Tottenham apabila menjana dua lagi gol yang dihasilkan kapten Spurs, Son Heung-min dan pemain gantian Timo Werne pada masa kecederaan untuk kemenangan 4-0.
Ini kemenangan pertama Tottenham di tempat lawan menentang pasukan yang berada di atas mereka dalam kedudukan liga sejak Februari 2022 ketika menang 3-2 ke atas Manchester City.
Bagi Emery pula ini kekalahan pertamanya dalam Liga Perdana Inggeris menentang Tottenham, setelah tidak tewas dalam enam perlawanan pertama menentang kelab London dalam pertandingan itu (empat menang, dua seri), dengan tiga daripadanya semasa mengendalikan Villa. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Mar 10 2024
Maddison (kiri) dan pemain lawan Douglas Luiz berebut bola ketika perlawanan EPL antara Tottenham Hotspur dan Aston Villa di Villa Park, Birmingham, England, 10 Mac 2024. (Foto AP)
Jangan kaitkan isu perkauman, politik dengan sektor pelancongan - King Sing
King Sing berkata sikap perkauman juga boleh mengakibatkan para pelancong 'takut' untuk mengunjungi Malaysia, sekali gus menjejaskan pertumbuhan ekonomi.
Trump dinobat 'Person of the Year' majalah Time
Edisi terkini turut memaparkan wawancara eksklusif bersama Trump yang berlangsung pada 25 November di resortnya, Mar-a-Lago, Florida.
Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Didesak letak jawatan: Beritahu mana kelemahan dan apa patut saya ubah? - Menteri MOTAC
Menurut King Sing, beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak dalam usaha untuk menambah baik kelemahan.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden
Krisis politik di Korea Selatan semakin meruncing apabila parti pemerintah, People Power Party (PPP), memberikan sokongan kepada usul pemecatan Presiden, Yoon Suk Yeol.
Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan
Pasukan Tentera Israel melaksanakan proses pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan, yang digantikan dengan tentera Lubnan berdasarkan perjanjian gencatan senjata.
Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon
PPP turut menggesa penubuhan jawatankuasa etika bagi mempertimbangkan sama ada parti itu perlu meminta Yoon berundur daripada parti itu.
Slot Eropah mula gamit Tottenham
Kemenangan ke-16 selepas mengharungi 27 perlawanan menyaksikan angkatan Ange Postecoglou berada dalam kelompok lima teratas dengan 53 mata.
PSG dibenam Bayern: Mbappe alih tumpuan kepada Ligue 1 selepas tersingkir dari UCL
Kylian Mbappe menegaskan penyingkiran Liga Juara-Juara Paris Saint-Germain kepada Bayern Munich tidak akan menjejaskan masa depannya.
Liga Juara-Juara: Man City pesta gol di Lisbon
Kelayakan City ke suku akhir kelihatan seakan sudah memihak mereka menjelang aksi timbal balik di Manchester bulan depan.