SUKAN
Sokongan padu pastikan pembangunan sukan seiring kemajuan ekonomi, intelek - Anwar
Anwar merasmikan Hari Sukan Negara Peringkat Kebangsaan 2025 (HSN2025) di Bulatan Sultan Azlan Shah, Ipoh, pagi ini.- Foto Instagram KBS
IPOH: Kerajaan akan terus memberi sokongan padu terhadap pembangunan sukan negara bagi memastikan bidang itu bergerak seiring dengan kemajuan ekonomi, intelektual dan budaya.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau bersama Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh akan terus berusaha memenuhi keperluan sektor sukan, selain menghargai semua pihak yang menyumbang kepada kejayaan Malaysia dalam arena tersebut.
"... dan saya tentu bersama Hannah Yeoh akan perhati dan cuba bantu apa yang mampu, sekecil-kecilnya hingga sebesar-besarnya, kerana negara ini mahu maju dari segi ekonomi, budaya dan intelek, tetapi tidak boleh ketinggalan dari segi sukan," katanya ketika merasmikan Hari Sukan Negara Peringkat Kebangsaan 2025 (HSN2025) di Bulatan Sultan Azlan Shah di sini, pagi ini.
Turut hadir, Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad, Hannah dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Buat julung kalinya, program yang memasuki tahun ke-10 itu diadakan di luar Lembah Klang dan disambut serentak di seluruh negara hari ini.
Kira-kira 10,000 peserta menyertai program berkenaan yang dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti kecergasan termasuk larian dan kayuhan basikal.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha menjadikan sukan sebagai platform untuk menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat juga perlu terus diperkasa.
"Semalam saya sudah umumkan belanjawan yang memberi tumpuan kepada sukan olahraga, sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan anak-anak muda dalam bidang ini kerana ia mampu menyemai disiplin dan semangat perpaduan," katanya.
Ketika membentangkan Belanjawan 2026 semalam, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan akan terus memperkukuh pembangunan sukan negara melalui peruntukan melebihi RM580 juta.
Beliau berkata peruntukan berkenaan merangkumi pemerkasaan sukan berprestij tinggi termasuk program Road to Gold serta persediaan Temasya Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2027 yang akan berlangsung di Malaysia.
Sempena HSN2025 hari ini, Anwar turut melepaskan peserta Larian Ria MADANI dan menyampaikan Anugerah Sukan Untuk Semua.
-- BERNAMA