Soljabiru terus mendahului, My Man Utd kejar rapat Arsenal Malaysia

Ian Johan Ariff
November 15, 2018 11:53 MYT
Liga Fantasi Bual Bola AWANI disertai enam kelab penyokong bola sepak Liga Perdana Inggeris.
KELAB penyokong Chelsea, Malaysian Chelsea Soljabiru terus mendahului carta Liga Fantasi Bual Bola AWANI dengan 2,184 mata keseluruhan selepas tamat minggu ke-12 Liga Perdana Inggeris (PL).
Sementara itu, Manchester City Malaysia (MCM) terus mengejar rapat Soljabiru di tempat kedua dengan 2,140 mata dan Arsenal Malaysia di tangga ketiga dengan 2,002 mata.
Kelab penyokong Manchester United, My Man Utd pula terus mempamerkan peningkatan dengan 1,937 mata di tempat ke-4, walaupun sebelum ini menghuni di tangga tercorot pada beberapa minggu pertama liga.
Nasib terus tidak menyebelahi kelab penyokong Liverpool, All Reds Malaysia apabila jatuh dari tempat ketiga sehingga ke tangga kelima dengan 1,855 mata, hanya enam mata di hadapan kelab penyokong Tottenham Hotspur, Malaysia Spurs.
Berikut kedudukan terkini Liga Fantasi Bual Bola AWANI yang dimainkan di laman web rasmi Premier League.
1. Malaysian Chelsea Soljabiru
The Blues Blasters - 779
Halifax Town - 733
Blues FC - 672
Jumlah: 2,184
2. Manchester City Malaysia
MCM Cyberjaya - 781
MCM Langkawi - 718
MCM Tuaran - 641
Jumlah: 2,140
3. Arsenal Malaysia
Play For Fun - 707
Ah Zan FC - 695
Arsenal Malaysia - 600
Jumlah: 2,002
4. My Man Utd
Sidchan Power Kan? - 649
Return of The King - 648
Siti Kasim - 640
Jumlah: 1,937
5. All Reds Malaysia
ARM Kaki Langgar FC - 668
ARM Pasemboq FC - 596
ARM Mek Mung Mek Aku FC - 591
Jumlah: 1,855

6. Malaysia Spurs
Hemo Hemo - 677
TH Master - 596
Cap Ayam - 576
Jumlah: 1,849
#all reds malaysia #Arsenal Malaysia #Liga Fantasi #Liga Perdana Inggeris #malaysia spurs #Manchester City #MCM #My Man Utd #Soljabiru