Solskjaer: Menang bukan bermakna ditawarkan tugas kekal

Agensi
Februari 11, 2019 23:01 MYT
Kata Solskjaer, tugasnya di Old Trafford masih berbaki beberapa bulan.
PENGURUS interim Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer akui adalah terlalu mudah untuk menyifatkan dia bakal ditawarkan tugas kekal di Old Trafford hanya kerana The Red Devils memang beberapa perlawanan.
Kelab itu catat peningkatan luar biasa sejak Solskjaer ambil alih daripada Jose Mourinho yang dipecat.
Manchester setakat ini menang 10 daripada perlawanan di bawah kendalian Solksjaer.
Ia bakal bertemu kelab Perancis, Paris St Germain (PSG) untuk pusingan kalah mati Liga Juara-juara Eropah pada Selasa dan Liverpool untuk perlawanan liga.
Kata Solskjaer, tugasnya di Old Trafford masih berbaki beberapa bulan.
Sepanjang tempoh itu dia akan memastikan The Red Devils catat keputusan baik.
"Masih ada baki beberapa bulan lagi bagi musim ini dan saya akan lakukan apa sahaja untuk kelab ini," ujarnya.
Man U kini berada di tangga keempat liga daripada pendahulu liga Manchester City.
#Jose Mourinho #Liga Juara-Juara Eropah #Manchester United #Old Trafford #Ole Gunnar Solskjaer #Paris St Germain #the Red Devils