[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
SPORTS

Solskjaer tak minat bawa Marcus Rashford ke Besiktas

Astro Arena 22/01/2025 | 03:10 MYT
Majlis menandatangani kontrak Solskjaer dengan Besiktas di Stadium Besiktas, Istanbul, Turkiye, 19 Jan 2025. REUTERS
OLE Gunnar Solskjaer segera menolak khabar angin yang mengaitkannya dengan perpindahan untuk mendapatkan penyerang Manchester United, Marcus Rashford, selepas mengambil alih tugas di Besiktas.
Solskjaer, yang menguruskan Rashford selama tiga tahun di Old Trafford di antara 2018 hingga 2021, diumumkan sebagai pengurus baru kelab Turkiye itu minggu lalu.
“Selalu ada banyak spekulasi mengenai pemain Manchester United, sentiasa banyak spekulasi di sekeliling saya,” katanya kepada TRT Spor.
“Casemiro, Marcus, dua pemain yang sangat bagus tetapi saya tidak bercakap dengan mana-mana daripada mereka.
"Kami sedang melihat kemungkinan untuk perpindahan dalam beberapa posisi berbeza.
"Pada masa ini, penolong jurulatih, Serdar Topraktepe, banyak membantu kami.
"Rasanya seperti kumpulan. Barisan kejurulatihan bekerjasama dengan baik," katanya.
#besiktas #Ole Gunnar Solskjaer #Marcus Rashford #Manchester United