DOHA: Kelibat bintang Korea Selatan Son Heung-min dan percaturan jurulatih berprofil tinggi Jurgen Klinsmann tidak menggerunkan skuad Harimau Malaya menjelang aksi terakhir Kumpulan E saingan Piala Asia 2023, esok.
Pemain sayap pasukan kebangsaan Muhammad Safawi Rasid berkata Malaysia yang bakal turun tanpa tekanan susulan telah tersingkir, menyasarkan untuk mencalar reputasi skuad Taeguk Warriors itu, selain mempertahankan maruah negara.
Muhammad Safawi yang mempunyai kenangan manis menentang skuad Korea Selatan turut dibarisi Son ketika itu, menyifatkan penyerang Tottenham Hotspur itu merupakan pemain yang baik tetapi tidak mustahil untuk 'dirantai'.
"Semua tahu, Son adalah pemain yang baik...saya tahu kemampuan dia, dalam situasi satu lawan satu mungkin dia boleh (lepas) tetapi kalau dua lawan satu atau tiga lawan satu mungkin (tak boleh lepas).
"Dia (Son) pun manusia biasa. Saya rasa kelebihan pada kami sebab kami bertahan dan dia akan menyerang...saya percaya dengan rakan sepasukan dan jurulatih (Kim Pan Gon), jadi kita tengok perlawanan esok," katanya ketika ditemui di hotel penginapan pasukan di sini hari ini.
Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) berusia 26 tahun itu berkata pasukan negara akan mengekalkan pendekatan sama pada perlawanan esok iaitu cuba menekan Korea Selatan sehingga melakukan kesilapan.
"Kami akan lebihkan tekanan untuk mereka buat kesilapan dan dari situ kami akan ambil kesempatan untuk melakukan serangan," katanya.
Muhammad Safawi menjaringkan dua gol ketika membantu skuad Bawah 23 (B-23) kebangsaan meraih kemenangan 2-1 mengatasi Korea Selatan yang dibarisi Son pada perlawanan peringkat kumpulan temasya Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang.
Di sebalik kekalahan di tangan Malaysia, Korea Selatan akhirnya merangkul pingat emas pada temasya sukan empat tahun sekali itu.
Pada pertembungan di Stadium Al Janoub esok, Korea Selatan hanya memerlukan satu mata untuk mengesahkan kemaraan ke pusingan 16 terbaik sementara peluang Malaysia untuk mara sudah tertutup susulan dua kekalahan dicatat sebelum ini.
Ini merupakan pertembungan kedua Malaysia dan Korea Selatan di peringkat kumpulan Piala Asia selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada edisi 1980 di Kuwait dengan bekas penyerang Zulkifli Hamzah menjaringkan gol penyamaan.
Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu dalam perlawanan kompetitif adalah pada pusingan kelayakan Piala Dunia menyaksikan Malaysia tumpas 0-3 pada 1989.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 23 2024
Safawi berkata Malaysia yang bakal turun tanpa tekanan susulan telah tersingkir, menyasarkan untuk mencalar reputasi skuad Taeguk Warriors. - Gambar fail
PM Anwar cabar pembangkang bawa usul tidak percaya di Dewan Rakyat
Datuk Seri Anwar mencabar pembangkang untuk membawa usul tidak percaya di Dewan Rakyat jika mahu menumbangkan kerajaan.
[KOLUMNIS] Analisis prestasi, pengaruh dan persepsi kempen PRK Mahkota
Adakah Syeikh Hussein atau Coach Haizan? Itu akan diketahui pada 28 September depan.
Yang Di-Pertuan Agong diberi sambutan negara di Beijing
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim diberi sambutan negara di Great Hall of the People di Beijing, bersempena dengan Lawatan Negara Seri Paduka Baginda ke China selama empat hari bermula semalam.
Tentera Israel bunuh, buang jasad mangsa dari bumbung bangunan
Pihak tentera Israel dilaporkan sedang menyiasat satu video yang menunjukkan anggotanya menolak jasad yang kelihatan seperti mayat dari bumbung sebuah bangunan di Tebing Barat.
Bekas pekerja dirogol, Harrods mohon maaf
Sebuah gedung mewah di London, Harrods pada Jumaat membuat permohonan maaf berhubung dakwaan bekas pemiliknya, Mohamed Al Fayed yang dilaporkan merogol serta melakukan serangan seksual beberapa bekas pekerja wanitanya.
Seorang hakim maut ditembak beberapa kali
Seorang hakim maut ditembak di sebuah Mahkamah Letcher County, Kentucky, Amerika Syarikat oleh seorang sherif pada Khamis waktu tempatan.
Kos sara hidup, harga barang tumpuan Kerajaan MADANI
Kerajaan MADANI akan memberikan tumpuan khusus dalam usaha menangani kos sara hidup rakyat menerusi Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Oktober depan di Dewan Rakyat.
PM cabar pembangkang bawa usul tidak percaya
Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar pembangkang untuk membawa usul tidak percaya di Dewan Rakyat jika mahu menumbangkan kerajaan.
SFZ Forest City tawar kadar cukai sifar peratus untuk "family office"
Forest City akan menjadi lokasi pertama di Malaysia yang menawarkan kadar cukai sifar peratus untuk “family office” atau firma pengurusan individu kaya, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Pencari madu lebah parah diserang beruang
Seorang lelaki cedera parah akibat diserang beruang ketika mencari madu lebah di kawasan hutan paya Sungai Bari dekat Kampung Bukit Putera, Chalok, Terengganu petang Khamis.
Brendan tak gentar perang psikologi Krygyzstan
Brendan Gan tidak gentar untuk berdepan Kyrgyzstan pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini.
Makmal forensik hidupan liar kebangsaan jadi pusat kecemerlangan lindungi harimau Malaya
MyTFF juga bersetuju untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan Pangkalan Operasi Hadapan di Tapak Kem Zabri, Daerah Hulu Perak.
Tiada keperluan pindahkan Orang Asli terkesan ancaman harimau - Mohd Amar
Tiada keperluan setakat ini untuk memindahkan Orang Asli di Gua Musang yang terkesan dengan ancaman harimau belang sejak Disember lepas.
Kerajaan cadang pasang kolar penjejak pada Harimau Malaya
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bercadang untuk memasang kolar penjejak pada kira-kira 150 ekor Harimau Malaya di seluruh negara untuk memudahkan urusan menjejaki haiwan mamalia itu.
Perhilitan laksana program pembiakan Harimau Malaya elak pupus
Perhilitan akan melaksanakan program pembiakan Harimau Malaya pada tahun ini, dalam usaha meningkatkan populasi spesies terancam itu.
Kajian pemikir muda demi alam, antaranya elak kepupusan ungka, harimau Malaya
Kajian mereka diramal mampu membantu Malaysia dan kerana itu, mereka terpilih sebagai penerima Geran Anugerah Merdeka untuk tahun 2021.
'Ngauman' penyanyi Malaysia untuk harimau Malaya
Konsert yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini menandakan kemuncak kempen selama sebulan bertema 'Save the Malayan Tiger'.
Gosok gigi harimau? Ini jawapan penjaga harimau Malaya Zoo Negara
Namun, di sebalik personaliti ganas yang digeruni ramai, gelagat comel harimau Malaya mampu 'mencairkan hati' ramai pencinta haiwan.
Zoo Negara ambil langkah pastikan haiwannya tidak dijangkiti COVID-19
Zoo Negara mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan lebih 300 spesies haiwan di lokasi itu tidak dijangkiti wabak COVID-19.
Harimau Malaya di New York positif COVID-19
Menurut ketua veterinari Zoo Bronx, Paul Calle, kes Nadia adalah unik kerana ia jatuh sakit selepas terdedah kepada seorang kakitangan yang positif, namun tidak menunjukkan simptom.