Sonny Williams serah pingat Ragbi Piala Dunia kepada peminat kerana ditolak jatuh

Kohilah Sekaran
November 1, 2015 10:20 MYT
Seorang remaja penyokong ragbi New Zealand, Charlie Lines kini dengan bangga menjadi pemegang pingat Piala Ragbi Dunia berikutan sikap murah hati lagenda ragbi, Sonny Bill Williams. - Foto EPA
Seorang remaja penyokong ragbi pasukan New Zealand, Charlie Lines kini dengan bangga menjadi pemegang pingat Piala Ragbi Dunia berikutan sikap murah hati lagenda ragbi, Sonny Bill Williams.
Williams yang merupakan hero pasukan ragbi New Zealand, ‘All Blacks’ kini menarik perhatian sekali lagi dengan perbuatan yang menyentuh hati.
Memetik laporon The Guardian, Williams menyerahkan pingat emas yang diperolehinya kepada seorang budak yang juga merupakan peminatnya yang ditolak jatuh oleh seorang pengawal keselamatan di hadapan beliau.
Difahamkan, Williams bertindak selepas melihat seorang pengawal keselamatan menolak jatuh Charlie, yang berlari masuk padang untuk menghampiri Williams.
Kejadian ini berlaku selepas pasukan All Blacks diberi pingat emas susulan kejayaan perlawanan akhir Piala Ragbi Dunia.
Williams kemudian meminta pegawai keselamatan untuk melepaskan Charles, dan memeluk remaja berusia 14 tahun itu sebelum mengalungkan pingat emas beliau.
Kredit Gambar: EPA
"Kami sepasukan sedang melakukan satu pusingan penghormatan di stadium, dan tiba-tiba seorang kanak-kanak lelaki berlari keluar untuk menghampiri saya, tetapi dia ditolak jatuh oleh seorang pengawal keselamatan. Saya kasihan lihat budak itu.
"Saya kemudian membawa dia kembali kepada keluarganya dan cuba menjadikan malam kemenangan itu lebih bermakna. Ia lebih baik untuk pingat emas itu tergantung di lehernya daripada di leher saya, kata Williams seperti dipetik dari portal The Guardian.
Kredit Gambar: EPA
“Apabila dia besar kelak, dia akan berkongsi insiden ini kepada anak-anaknya. Itu lebih istimewa untuk saya daripada pingat itu tergantung di dinding rumah saya."
Susulan kejadian, rakaman video kejadian itu mula viral di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi positif daripada netizen.

For a kid 2 have that will and take that risk, you deserve a medal. Enjoy bro https://t.co/M0hyD7btdl

— Sonny Bill Williams (@SonnyBWilliams) October 31, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kebanyakan netizen memuji sikap yang mencerminkan murah hati serta keikhlasan Williams yang telah berusaha-keras untuk mencapai kedudukan serta nama yang dimilikinya sekarang.

@SonnyBWilliams This is why you're a legend.

— Alex James (@jam10271931) October 31, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@SonnyBWilliams @HearsaySA just seen that video ! And having a son myself that would do that, it really did bring a tear to my eye /p>— Lee Jarvis (@LeeJarvis10) October 31, 2015

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@SonnyBWilliams humble human soul pic.twitter.com/hSX0QEpEkf

— Aliki (@aliki183) October 31, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@SonnyBWilliams @HearsaySA What an amazing act. Your a champion bro. #respect

— Bill Hayek (@BiLLyBoiiiiii) November 1, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@SonnyBWilliams You & the rest of d All Blacks squad epitomise Humbleness, Dignity, Respect & Sportsmanship. It's wonderful to see /p>— Eoin Pól Ó Callaghan (@Eoin_Pol) October 31, 2015

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pasukan ragbi New Zealand 'All Blacks' menewaskan pasukan Australia 'Wallaby', 34-17 pada pusingan akhir perlawanan Piala Ragbi Dunia, semalam.
#Charlie Lines #New Zealand #Ragbi #sonny bill williams