[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
SPORTS

Southampton pecat pengurusnya Pellegrino

Astro Arena 12/03/2018 | 23:34 MYT
Kekalahan 3-0 kepada Newcastle United, Sabtu lalu, menjadi perlawanan terakhir Pellegrino. - Foto REUTERS
SOUTHAMPTON telah memecat pengurusnya, Mauricio Pellegrino, berikutan prestasi buruk Saints yang kini menghampiri zon penyingkiran.
Kekalahan 3-0 kepada Newcastle United, Sabtu lalu, menjadi perlawanan terakhir Pellegrino selepas membawa skuad itu hanya meraih satu kemenangan dalam 17 aksi terakhir Liga Perdana Inggeris.
Mereka hanya berada satu mata di atas skuad tangga ketiga terbawah, Crystal Palace, dengan berbaki lapan perlawanan untuk diharungi.
Mereka akan menentang skuad Liga Satu, Wigan Athletic, dalam suku akhir Piala FA sebelum membuat kunjungan penting ke West Ham yang berada di tempat ke-16.
#Liga Perdana Inggeris #Mauricio Pellegrino #pecat #pengurus #Saints #Southampton #zon penyingkiran