KUALA LUMPUR: Pemegang rekod 100 meter (m) kebangsaan Khairul Hafiz Jantan sudah menghantar surat penjelasan kepada Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) berhubung hasrat untuk kembali 'berguru' bersama jurulatih Mohd Poad Md Kassim.
Khairul Hafiz, 22, berkata beliau turut menyatakan sebab-sebab yang mempengaruhi keputusannya untuk kembali menjalani latihan di bawah bimbingan Mohd Poad dalam surat berkenaan, namun enggan mendedahkan secara terperinci.
Jelasnya, perbincangan mengenai perkara itu antara beliau, KOM, Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN), Mohd Poad dan Pengarah Teknikal KOM Dwayne Miller masih berjalan dan ia berlangsung dengan baik.
"Surat kepada KOM sudah dihantar dan saya tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan tanpa ada sebarang pengesahan. Apa boleh saya katakan semuanya berjalan mengikut prosedur betul dan saya harap ia dapat diselesaikan dalam masa terdekat," katanya kepada Bernama, hari ini.
Media tempatan hari ini melaporkan KOM menuntut penjelasan Khairul Hafiz dan pemegang gelaran Raja Pecut Asia Tenggara Muhammad Haiqal Hanafi berhubung hasrat mereka untuk kembali ke pangkuan bekas jurulatih Mohd Poad selepas lebih tujuh bulan berlatih di bawah Miller di Bukit Jalil sejak Ogos tahun lepas.
Sementara itu, Khairul Hafiz yang diberi julukan 'The Speedy Jantan' sudah menjangkakan isu perpindahannya dari Bukit Jalil akan mendapat perhatian, namun dia tidak tertekan malah berharap perkara itu tidak diperbesarkan sehingga boleh mengeruhkan keadaan.
"Saya tidak berasa tertekan, keputusan ini saya buat sendiri tanpa dipengaruhi mana-mana pihak. Ia dibuat berdasarkan pengalaman semasa dalam latihan bersama dua jurulatih berbeza," jelas pemenang pingat emas 100m Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur itu.
Isnin lepas, Bernama melaporkan Khairul Hafiz dan Muhammad Haiqal masing-masing menyifatkan keputusan untuk kembali ke pangkuan Mohd Poad sebagai langkah terbaik demi kemajuan prestasi dalam tempoh jangka panjang dengan aspek keserasian yang telah terbina menjadi faktor utama.
Ia sekali gus menimbulkan persoalan sama ada KOM membuat keputusan yang tepat menempatkan Khairul Hafiz dan Muhammad Haiqal bersama semua atlet pecut elit kebangsaan secara berpusat di bawah Miller di MSN, Bukit Jalil.
Berasal dari Amerika Syarikat, Miller mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang kejurulatihan dan pernah membantu atlet Amerika Syarikat LaShawn Merritt merangkul dua pingat emas pada Sukan Olimpik 2008 di Beijing dalam acara 400m dan 4x400m dengan memecahkan rekod Olimpik.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 15 2021
Khairul Hafiz turut menyatakan sebab-sebab yang mempengaruhi keputusannya untuk kembali menjalani latihan di bawah bimbingan Mohd Poad. - Bernama
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman Facebook, yang menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus kepada peserta, manakala bakinya menjadi milik syarikat.
Azeem, Khairul Hafiz layak ke separuh akhir
Muhammad Azeem ungguli saringan kedua dengan catatan 10.24s, Khairul Hafiz di tempat keempat dengan catatan 10.46s pada saringan pertama.
Olahraga ATF: Khairul Hafiz Jantan rancang terus bina momentum deras
Khairul Hafiz sasar kepantasan 10.10s pula dalam Kejohanan Trek dan Padang Asia (ATF) di Bangkok, Julai depan.
Jangan bandingkan kami dengan Muhammad Azeem - Muhammad Haiqal
Setiap manusia ada kelebihan masing-masing, kata Muhammad Haiqal.
Sukan SEA Kemboja: Khairul Hafiz dedah hampir bersara pada 2019
Liku hidup Khairul bermula dengan tumpuan lensa yang tidak pernah henti pada 2017 namun ia bersifat sementara.
Dua bekas raja pecut Sukan SEA "lolos" ke final
Muhammad Haiqal Hanafi dan Khairul Hafiz Jantan berjaya melayakkan diri ke saingan akhir 100 meter (m) lelaki edisi 2023 hari ini.
Sukan SEA Kemboja: Khairul Hafiz Jantan sebak kembali harumkan nama negara
Khairul Hafiz melahirkan kerinduannya untuk terus menjadi sandaran negara dalam setiap temasya penting.
Khairul Hafiz lega, Sukan SEA 2023 mungkin yang terakhir buat Zaidatul?
Detik indah dinikmatinya hanya bertahan seketika susulan prestasinya yang kian merudum selain dihimpit masalah kecederaan.
Skuad pecut lelaki negara sapu bersih pingat 100m di Australia
Skuad pecut lelaki negara, mencipta sensasi apabila menyapu bersih pingat perlumbaan pemanas badan Sukan SEA, Kemboja pada Kejohanan Siri Shield: Darren Thrupp Shield di Queensland, Australia semalam.
Pelari pelapis Sabah cipta sensasi, tewaskan atlet senior
Pelari pecut pelapis dari Sabah, Pengiran Aidil Auf Hajam mencipta sensasi apabila berjaya memenangi pingat emas acara 200 meter (m) lelaki di Kejohanan Olahraga Tertutup Kebangsaan.
Haiqal, Khairul Hafiz gagal lepasi had kelayakan ke Hanoi
Muhammad Haiqal berlari di atas permukaan trek basah akibat cuaca hujan dan melintasi garisan penamat dengan catatan masa 10.58s.