awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu FAM: Penyokong diharap tidak luntur semangat - Mohammed Taufiq
Ketua PBB beri amaran peningkatan ketegangan di wilayah Tigray, Ethiopia
Tiga lagi mayat ditemukan dalam operasi SAR MV Trisha Kerstin 3 yang karam di Filipina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Speedy Tigers atasi Korea Selatan 4-1, layak ke Super Four

Bernama
Bernama
30/08/2025
21:40 MYT
Speedy Tigers atasi Korea Selatan 4-1, layak ke Super Four
Skuad hoki lelaki Malaysia tewaskan Korea Selatan 4-1 pada aksi kedua Kumpulan B kempen Piala Asia 2025 di Stadium Hoki Universiti Sukan Bihar, India, 30 Ogos 2025. - Foto Malaysian Hockey Confederation
KUALA LUMPUR: Skuad hoki lelaki negara meneruskan rentak cemerlang pada kempen Piala Asia 2025 apabila bangkit daripada ketinggalan untuk menundukkan Korea Selatan 4-1 pada aksi kedua Kumpulan B di Stadium Hoki Universiti Sukan Bihar, India semalam.
Kemenangan kedua itu mengesahkan tempat skuad Speedy Tigers ke pusingan Super Four lebih awal, dengan baki satu perlawanan kumpulan menentang Taiwan yang dijadual berlangsung pada Isnin.
Pada pertembungan semalam, kejayaan anak buah Sarjit Singh dipacu aksi cemerlang Mohamad Akhimullah Anuar Esook, yang meledak hatrik masing-masing menerusi dua gol padang pada minit ke-29 dan ke-58 serta gol pukulan sudut penalti pada minit ke-34.
Turut mencatat nama sebagai penjaring ialah Mohamad Ashran Hamsani selepas meledak gol padang pada minit ke-33.
Empat gol itu menutup peluang Korea Selatan dalam usaha mengutip tiga mata kedua berturut-turut, selepas terlebih dahulu berada di depan menerusi gol padang Jin Geonhyo seawal minit kedua.
Hanya dua pasukan teratas setiap kumpulan layak ke kelompok Super Four dan dua pasukan teratas peringkat Super Four akan merebut kejuaraan di pentas final pada 7 Sept.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hoki
#Super Four
#Piala Asia 2025
#Korea Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan