awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Speedy Tigers dijinakkan Korea Selatan

Sinar Harian
Sinar Harian
28/11/2022
22:15 MYT
Speedy Tigers dijinakkan Korea Selatan
Antara aksi menarik perlawanan Malaysia menentang Korea Selatan dalam perlawanan Kumpulan B Piala Negara-Negara 2022, pada Isnin. - Foto FIH/World Sports
THE Speedy Tigers menyingkap saingan Kejohanan Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) Piala Negara-Negara 2022 di Potchefstroom, Afrika Selatan, langkah kiri apabila tewas 0-1 kepada Korea Selatan pada Isnin.
Pada perlawanan Kumpulan B yang berlangsung di Universiti North-West tersebut juga mengimbau kejayaan skuad kendalian Arul Selvaraj yang tampil ke bumi Afrika Selatan dengan status juara Piala Sultan Azlan Shah.
Bagaimanapun kejayaan mengakhiri kemarau 39 tahun menjulang trofi keramat kejuaraan hoki berprestij itu dengan menewaskan Korea Selatan 3-2 di Stadium Hoki Azlan Shah, Ipoh pada 10 November lalu, gagal diteruskan apabila berdepan lawan sama.
Korea Selatan yang tampil lebih garang memimpin saingan apabila Jang Jonghyun meletakkan pasukannya di depan selepas menyudahkan pukulan sudut penalti seawal minit kelima yang juga merupakan gol tunggal perlawanan.
Sementara itu, Jepun menjelmakan karakter sebenar negara matahari terbit tersebut apabila menewaskan Kanada, 3-0 dalam satu lagi perlawanan kumpulan sama.
Anak buah Arul Selvaraj akan meneruskan kempen dengan berdepan Kanada pada Selasa sebelum berdepan Jepun pada 1 Disember.
Sementara itu, pemain negara, Shello Silverius menyifatkan para pemain telah memberi aksi terbaik masing-masing, namun keputusan tidak memihak kepada pasukan negara.
Namun katanya, para pemain negara akan kembali fokus perlawanan seterusnya dalam memberikan persembahan terbaik bagi meraih keputusan positif apabila berdepan Kanada. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Speedy Tigers
#Kejohanan Persekutuan Hoki Antarabangsa
#hoki
#Arul Selvaraj
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan