awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Speedy Tigers tewas 0-3 kepada Australia

Bernama
Bernama
23/04/2022
16:08 MYT
Speedy Tigers tewas 0-3 kepada Australia
Skuad "Speedy Tigers" akan meneruskan siri perlawanan ujian antarabangsa bertemu Australia esok sebelum menamatkan dua aksi terakhir, masing-masing pada 26 dan 28 April. - Gambar/ MHC
KUALA LUMPUR: Skuad hoki lelaki kebangsaan memulakan siri perlawanan ujian antarabangsa menentang Australia dengan langkah kiri selepas tewas 0-3 pada aksi yang berlangsung di Stadium Hoki Perth, petang ini.
Turun berdepan pasukan nombor satu dunia yang diberi julukan "Kookaburras", skuad negara bimbingan Ketua Jurulatih A Arul Selvaraj dikejutkan seawal minit pertama menerusi jaringan padang Tom Wickham yang bijak menampan hantaran lintang rakan sepasukan.
Australia kemudian menggandakan kedudukan pada minit ke-19 selepas Blake Govers menyempurnakan pukulan sudut penalti sebelum menoktahkan kemenangan apabila Jeremy Hayward memastikan kemenangan pasukannya menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-30.
Bagaimanapun, pujian harus diberikan kepada penjaga gol negara Muhammad Hafizuddin Othman yang bertindak cemerlang menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya pihak lawan dalam usaha memastikan gawang pasukan negara tidak terus dibolosi.
Sementara itu, Arul menyifatkan bolos di awal minit permainan sesuatu yang mengecewakan, namun akan membuat penilaian perlawanan untuk mengenal pasti kelemahan yang membawa kepada jaringan tersebut agar ia tidak berulang pada perlawanan berikutnya.
"Secara keseluruhan penjaga gol Hafizuddin bermain dengan bagus dan menidakkan beberapa peluang gol lawan. Apa yang perlu kami pertingkatkan lagi adalah pengawalan bola agar tidak memberikan kembali bola kepada pihak lawan dengan mudah.
Dua daripada tiga gol lawan daripada pukulan sudut penalti dan kami akan melakukan analisis, kami akan menilai kembali kelemahan tersebut untuk memastikan ianya ditambah baik menjelang perlawanan kedua petang esok," katanya dalam satu kenyataan.
Walaupun tewas 0-3, skuad kebangsaan berjaya mengatasi Australia 4-3 menerusi pukulan penalti dalam satu sesi selepas tamat perlawanan itu.
"Ia sesuatu yang positif untuk kami kerana kami meraih kemenangan pukulan penalti berdepan pasukan di ranking nombor satu dunia," kata Arul.
Skuad "Speedy Tigers" akan meneruskan siri perlawanan ujian antarabangsa bertemu Australia esok sebelum menamatkan dua aksi terakhir, masing-masing pada 26 dan 28 April.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hoki
#Speedy Tigers
#Australia
#perlawanan ujian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan